Selamat datang kepada semua pengunjung Virtual Church Ministries. Tuhan Yesus memberkati.

Thursday, December 31, 2009

BERILAH DAN JADILAH YANG TERBAIK

Shalom! Semua pengunjung dan pembaca VCM.

Kemeriahan sambutan Krismas sudah reda. Kini dunia sibuk dengan sambutan tahun baru. Berbagai cara orang menyambutnya. Ada yang mengasingkan diri untuk bertafakur. Ada yang berpesta bersama rakan2. Ada yang pergi ke pantai, kolam atau sungai untuk mandi 'buang sial' di tengah malam. Ada yang hanya duduk di rumah bersama keluarga dsbg.

Saya memilih untuk bersama keluarga menyambut tahun baru di gereja, beribadah bersama saudara/i seiman yang lain. Ketika belum sungguh2 mengenal, mengasihi dan melayani Tuhan, saya seringkali menghabiskan sisa2 waktu akhir tahun bersantai bersama rakan2 sambil berharap untuk terjun ke dalam sungai, atau kolam renang untuk 'membersihkan' diri sebelum memasuki tahun baru.

Tabiat itu sudah lama saya tinggalkan. Kini saya lebih suka 'membersihkan' diri dengan menghitung semula setiap pimpinan dan kebaikan Tuhan dalam hidup saya di sepanjang tahun yang telah berlalu, sambil mensyukuri segala perkara yang telah terjadi. Saya memilih untuk merenung firman Tuhan dan berdoa menyerahkan diri agar di tahun yang baru hidup saya tetap setia dan berkenan kepada-Nya. Setiap tahun saya akan menanam tekad baru untuk terus memberi dan menjadi yang terbaik untuk kemuliaan-Nya.

Kesempatan kali ini saya pergunakan untuk mengucapkan selamat menempuh tahun baru 2010 kepada semua pengunjung dan pembaca blog Gereja Maya. Semoga anda semua telah diberkati Tuhan melalui pelayanan maya ini di sepanjang tahun 2009. VCM bertekad untuk meneruskan wadah pelayanan ini dengan pimpinan dan penyertaan Tuhan. Sesungguhnya Tuhan itu baik dan bahawa kasih setia-Nya kekal untuk selama-lamanya.

Saya mendoakan agar di tahun yang baru ini Tuhan terus memberkati kita semua dengan kesihatan yang baik, kekuatan, hikmat dan kebijaksanaan untuk melakukan segala perkara yang sudah kita rencanakan dengan baik dan berhasil. Semoga kasih Bapa, anugerah keselamatan melalui Yesus Kristus dan persekutuan oleh Roh Kudus menyertai kita semua sampai maranatha.

Happy New Year and God Bless Us.

From,
Gereja Maya; Is On...

Wednesday, December 23, 2009

KESAN KELAHIRAN YESUS

Lukas 2: 1-14, Matius 2: 1-11

Shalom! Semoga semua rakan pengunjung dan pembaca blog ini dalam keadaan yang baik dan sihat sejahtera. Semoga pimpinan dan pertolongan Tuhan terus menyertai kita semua. Pada musim Krismas tahun lalu saya telah memuatkan artikel tentang 'Kenapa Tuhan Menjadi Manusia?'. Kali ini saya ingin menulis mengenai kesan 'kelahiran' Yesus dalam hidup manusia.

Lebih 2000 tahun yang lalu Yesus telah dilahirkan di Betlehem ketika pembancian penduduk sedang dijalankan atas perintah Kaisar Agustus, pemerintah empayer Roma pada ketika itu. Ibubapa Yesus, Yusuf dan Maria, terpaksa menumpang di dalam kandang binatang kerana tidak ada lagi rumah tumpangan untuk disewa. Di situlah Yesus dilahirkan, lalu diletakkan di dalam palungan (bekas untuk menempatkan makanan binatang). Tempat itu tentulah kotor dan sudah tentu Yusuf dan Maria telah berusaha untuk membersihkan kawasan tersebut untuk seorang bayi dilahirkan.

Alkitab menyatakan bahawa Tuhan mengetuk pintu hati manusia, dan sesiapa yang membukanya Dia akan masuk ke dalam. Dalam konteks kehidupan, Yesus ingin 'lahir' di dalam hati setiap manusia. Dia memilih hati kerana di situlah tempat yang paling kotor dalam hidup seseorang manusia. Di sanalah segala kedengkian, kemarahan, kebencian, dan segala keinginan tentang dosa. Dia memilih untuk 'lahir' di tempat yang kotor supaya tempat itu (hati manusia) dibersihkan.

Ketika Yesus lahir terdapat sekumpulan gembala yang sedang menggembalakan domba di padang. Mereka telah didatangi oleh sekumpulan malaikat untuk memberitahu tentang kelahiran Yesus. Para malaikat itu bernyanyi memuji Tuhan dan berkata bahawa damai dan sejahteralah manusia di bumi. Yesus ingin lahir dalam hidup (hati) manusia kerana dia mahu memberikan damai di dalam hati dan hidup yang sejahtera.

Pada waktu Yesus dilahirkan juga terdapat sekumpulan pakar kajibintang dari Timur melihat bintang terang di langit yang menandakan seorang raja di Israel telah dilahirkan. Mereka sanggup menempuh perjalanan yang jauh dan sukar hanya kerana ingin menyembah dan memberikan persembahan yang terbaik, berupa emas, kemenyan, dan mur kepada Yesus.

Yesus ingin lahir dalam kehidupan (hati) manusia agar manusia menjadi penyembah2 yang benar. Seseorang yang sudah menerima Yesus sebagai Tuhan dan Juruselamat hidupnya pastilah seorang penyembah Tuhan yang sejati. Seperti para kajibintang itu, dia pasti akan menjadi dan sentiasa ingin memberi apa yang terbaik daripada hidupnya untuk memuliakan Tuhan.

Sempena Krismas ini, saya ingin mengajak setiap orang percaya untuk merenung kembali kehidupan kita masing2. Jika selama ini ada di antara kita yang masih kotor dan busuk hatinya, masih tidak memiliki damai dan tidak suka memberi damai kepada orang lain, serta selalu berkompromi untuk memberikan yang terbaik demi kemuliaan Tuhan, mungkin Yesus sebenarnya belum benar2 'lahir' di dalam hati dan hidupmu.

Nota: Terimalah 'kelahiran' Yesus yang sejati, nescaya hatimu akan disucikan, hidupmu akan penuh damai sejahtera dan dirimu akan menjadi penyembah yang menyembah Tuhan di dalam roh dan kebenaran. Tuhan memberkati kita semua.

Tuesday, November 17, 2009

DON'T GIVE UP

We walk on our life everyday with lots of unsettled thoughts in our head. From personal issues to families, businesses, friends, and lots of other things. Lots of emotions running through our mind. Emotions are wild horses says the writer of one of the book I read. They always found their ways to be displayed in our affects and actions, no matter what advanced method we tried to control them.

Life is tough. Only the strong will prevail says the evolutionist. But are we strong enough to face all life's challenges? It is not going to become any easier each time we manage to overcome an obstacle. Ahead will be another bigger stone ever ready to strike us. How long and how much is needed to be sacrificed before we can finally say that we've won the battle of life. Sadly, there's none such measurement. One is measured had won it, only when he or she had fought his or her life, and didn't give up until God allowed him or her to rest in peace.

Until then, we are only occasionally allowed to take a break, to refresh and to energize ourselves, before resuming to the battle field. We are all soldiers. Man and woman of all ages, fighting for something, sometimes we don't even know or fully understood what and why. Even when we were too weak to get up even, we were still required to fight for our last breath.

But death in this world is not equal to lose. The real losers were those who gave up while still breathing, because these were the people who wasted the precious time God lended them. Those were the people who died while their heart was still pounding, and the breath of God still blowing through their nostrils. For what life is without hope.

Therefore my beloved brothers and sisters, whenever you feel like you are going to lose hope, remember God our creator. He must have some good purpose in your life. If you think you are too weak to bear the burden, rest if you have to, but don't give up. Don't question why you cannot be the way you want to be. Rather ask Him, what else you have to do to meet His purpose(s) in your life.

Keep in your faith that our God whom we serve is able to deliver us from all life's afflictions, but even if He does not, let it be known to the whole world that we are not going to forsake Him. For our hope is not confined only to this present life, but to the eternal life that we've received through the Lord our Savior. Then your mind will be in peace and all your emotions will become white doves.

Note: The Scripture says, "whoever believes in Him will not be disappointed". God bless every believer.

Tuesday, September 22, 2009

BERSANDAR KEPADA TUHAN: Bagaimana?


Shalom! Semua pembaca VCM... Roma 10: 11

Artikel saya sebelum ini membicarakan tentang tajuk Bersandar Kepada Tuhan: Kenapa? Kali ini saya ingin menyambung bicara mengenai tajuk yang sama, tetapi dengan subtajuk 'Bagaimana?'

Ramai orang yang berkata, "Kita percaya dan bersandar kepada Tuhan saja." Tapi adakah mereka benar2 maksudkannya, dan bagaimana mereka melakukannya, atau lebih jelas lagi, apa yang mereka lakukan yang menunjukkan bahawa mereka benar2 orang yang bersandar kepada Tuhan?

Ujian paling mudah untuk menentukan seseorang benar2 bersandar kepada Tuhan ialah dengan melihat bagaimana dia menangani hidupnya. Apabila mengalami kesulitan dalam hidup, seseorang boleh saja melakukan sesuatu di luar kawalan pertimbangan yang wajar. Kalau bukan menyalahkan diri dan orang lain, menyalahkan Tuhan. Boleh membuatkannya berkata bahawa ternyata Tuhan tidak wujud kerana tidak menolongnya di saat mengalami kesusahan.

Dalam keadaan yang senang, seseorang boleh saja lupa diri, lupa keluarga dan kawan2. Bahkan melupakan Tuhan. Semakin senang, dia akan semakin yakin bahawa segala kesenangan itu adalah hasil usahanya semata2 dan semakin lupa bahawa hembusan nafasnya pun hanyalah 'pinjaman' dari Tuhan.

Orang yang bersandar kepada Tuhan dapat dilihat melalui kesetiaannya merenungkan Firman Tuhan, bersyukur dan berdoa selalu. Ketika mengalami kesusahan, tetap berserah dan mengharapkan pertolongan dari-Nya, walaupun dia sendiri tidak tahu bagaimana dan bila pertolongan itu akan tiba. Ketika dalam kesenangan, tetap bersyukur dan percaya bahawa semua kesenangan itu adalah kerana-Nya. Pendek kata, dalam sebarang keadaan, Tuhanlah yang diutamakannya.

Orang yang bersandar kepada Tuhan dapat dilihat melalui sikapnya terhadap hidup. Dia sentiasa kelihatan tenang, dan  sabar, serta suka memaafkan kesalahan orang lain. Tidak iri hati dan sentiasa suka menolong orang lain. Orang ini sentiasa bertekad untuk meneruskan perjuangan hidup walaupun telah melalui berbagai pengalaman yang sukar dan seperti tidak ada kekuatan lagi untuk bangkit dan meneruskan perjalanan. Ia sentiasa optimis dan positif terhadap perkara2 yang baik dan membawa kebaikan, yang bukan hanya untuk diri sendiri, tetapi kepada semua orang, khususnya orang2 dalam lingkungan hidupnya.

Nota: Sesungguhnya orang yang berharap kepada Tuhan sentiasa tabah dalam kesusahan, penuh hikmat kebijaksanaan, dan yakin terhadap mukjizat Tuhan yang belum kelihatan. Mereka pasti tidak akan dikecewakan! Tuhan memberkati semua.

Thursday, September 10, 2009

A Friend In Need Is A Friend Indeed

"A friend in need is a friend indeed" atau dalam terjemahan bebas BM mungkin lebih kurang, seorang sahabat yang membantu sahabatnya ketika dalam kesusahan adalah sahabat yang sebenar. Inilah antara proverbs dalam Bahasa Inggeris yang mula2 saya hafal waktu zaman kanak2 dulu. Proverbs ini tiba2 terdetik dalam ingatan saya ketika saya sedang membaca sebuah buku bertajuk "God Who?" by Coleman sebentar tadi.

Entry ini tidak ada kena mengena dengan buku yang saya baca tadi sebenarnya. Mungkin buku itu sekadar menjadi satu pemangkin untuk mengingatkan atau memberi saya idea berbicara tentang sahabat2 yang ada di dunia ini. Sepanjang hidup saya hingga hari ini, saya memang mempunyai ramai sahabat dan beberapa orang best friends yang sangat rapat dengan saya tidak kira lelaki atau perempuan. Dengan adanya best friends, hidup terasa lebih bermakna, berharga dan ceria. Suka duka dikongsi bersama. Memang sangat melegakan dan menyentuh hati bila kita punya sahabat yang sangat memahami dan sentiasa sanggup untuk membantu kita terutama ketika dalam kesusahan. Namun sebaik manapun sahabat yang kita miliki di dunia ini, atas nama manusia biasa, segala kebaikan dan pengorbanan masih dibatasi oleh keterbatasan masa, tenaga, kerelaan, wang ringgit, kemampuan untuk sentiasa berada di sisi ketika kita memerlukan mereka. Ini memang kenyataan yang tidak dapat disangkal.

Tetapi, sebagai orang beriman, kita bersyukur kerana lebih daripada semua yang kelihatan, kita sebenarnya mempunyai 'Seorang' sahabat yang tidak pernah meninggalkan kita walau sesaat pun samada pada waktu kita gembira dan apalagi pada waktu kita berduka. Bahkan Dia seorang yang sangat memahami dan mengerti diri kita lebih daripada kita mengerti diri kita sendiri. Yesus Kristus, bukan saja Juruselamat kita tetapi adalah sahabat yang paling setia sentiasa bersama kita. Kadang2 saya suka memandang Yesus sebagai Abang Sulung yang menjadi perintis kepada segala sesuatu yang baik, kadang2 sebagai Bapa/Ibu yang protective, loving dan sentiasa memberi apa yang saya perlukan, sentiasa bersedia mengampuni apabila saya datang meminta maaf dan macam2 lagi mengikut keperluan jiwa saya waktu itu. Namun, antara semua ini, saya paling suka memanggil Dia sebagai sahabat sejati saya kerana sebagai best friend, saya tidak malu untuk meluahkan segala isi hati saya kepada Dia. Marah, sedih, berterima kasih, berdebat, bersyukur....semua ini saya lakukan bersama Sahabat Sejati saya dengan jujur. Kesannya? Saya menjadi semakin akrab dengan Dia. Semakin banyak suka duka yang 'kami' kongsikan bersama, saya semakin memahami Dia, kehendakNya, harapanNya dan doaNya untuk hidup saya secara peribadi....and the more I know Him, the more I love Him!

Note: Tak kenal maka tak cinta dan untuk mengenali seseorang memerlukan waktu. Ambillah waktu untuk mengenali Yesus, Sahabat Sejati anda...pasti anda akan jatuh cinta dan semakin cinta padaNya.

Tuesday, August 25, 2009

BERSANDAR KEPADA TUHAN: Mengapa?


Shalom! Saudara/i pengunjung blog Gereja Maya. Semoga anda semua dalam keadaan yang penuh dengan sukacita dan damai sejahtera dari Tuhan. Sahabat2 kita yang beragama Islam di seluruh dunia pada ketika ini sedang menyambut bulan Ramadhan. Gereja Maya mengucapkan selamat berpuasa dan saya secara peribadi mendoakan agar mereka dirahmati dan diberikan petunjuk olehNya.

Teman2 sekalian, di kesempatan ini, saya ingin mengongsikan satu perkara yang amat mustahak dalam kehidupan keKristianan, iaitu tentang hal bersandar kepada Tuhan. Dalam kehidupan kita seharian, kita sentiasa berhadapan dengan banyak perkara yang memerlukan kita membuat pilihan dan keputusan. Kita hanya akan mampu membuat pilihan dan melakukannya dengan lebih baik apabila kita memilih untuk bersandar kepada Tuhan terlebih dahulu.

Banyak alasan kenapa kita harus bersandar kepada Tuhan. Namun saya fokuskan kepada 3 perkara penting kenapa kita harus bersandar kepadaNya;

1. Agar kita memperoleh hikmat dan kebijaksanaan. Amsal 3: 5-6

Seringkali kesilapan terjadi ketika kita membuat pilihan kerana kita ingat kita sudah buat pilihan yang tepat sedangkan sebenarnya Tuhan mahukan kita memilih sesuatu yang berlainan daripada apa yang kita fikir sebagai yang terbaik. Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk kita jauh melebihi kemampuan kita untuk menilainya.

Itulah sebabnya kita harus bersandar kepada Tuhan, agar kita memperoleh hikmat dan kebijaksanaan untuk memahami keadaan yang sebenarnya menurut pimpinan Tuhan. Dengan cara sedemikian pilihan yang kita buat akan lebih tepat.

2. Agar kita memperoleh kekuatan. Yesaya 40: 30-31

Orang yang menganggap dirinya kuat dan mampu menghadapi/menangani semua perkara adalah seumpama orang yang sedang duduk di hujung tanduk. Dia tidak sedar apabila dia terjatuh atau tercucuk oleh hujung tanduk itu sehingga sudah terlambat untuk mengubah/menyelamatkan apa2.

Kekuatan yang sejati sebenarnya berasal dari Tuhan. Setiap perkara yang kita fikir kita mampu lakukan, semua kemampuan itu datangnya dari Tuhan. Tanpa Tuhan kita tidak mampu berdiri pun. Itulah sebabnya kita harus sentiasa bersandar kepada Tuhan, kerana kekuatan kita sebagai manusia sangat terbatas. Mungkin kita sedar apa yang perlu dilakukan, tetapi kita memerlukan kekuatan daripada Tuhan untuk dapat melakukannya.

3. Agar mukjizat terjadi. Kej. 22: 1-13

Dalam hidup ini, kita sering mengharapkan keajaiban terjadi. Hidup, setiap hela nafas, dan degupan jantung kita juga merupakan mukjizat dari Tuhan. Namun ada waktu2nya kita seperti hilang pengharapan dalam situasi yang sukar, lalu kita mengharapkan agar mukjizat terjadi.

Kita tidak boleh mengharapkan mukjizat terjadi dengan sendirinya tanpa ada pengharapan daripada yang maha kuasa. Hanya Tuhan yang memungkinkan mukjizat terjadi. Itulah sebabnya kita harus bersandar kepada Tuhan dan bukan kepada kebijaksanaan dan kekuatan kita sendiri.

Nota: Kadang2 Tuhan izinkan kebuntuan, kelemahan, dan keputus asaan melanda hidup kita supaya kita belajar untuk terus bersandar kepadaNya.

Monday, July 20, 2009

GOD CARES



Banyak perkara
Yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini

Satu perkara
Yang ku simpan dalam hati
Tiada satu pun akan terjadi
Tanpa Allah peduli

Chorus:
Allah mengerti Allah peduli
Segala persoalan yang kita hadapi
Tak akan pernah dibiarkanNya
Ku bergumul sendiri
S'bab Allah mengerti

Thursday, July 16, 2009

VCM KINI SETAHUN

"Firman-Mu itu pelita bagi kakiku dan terang bagi jalanku." Mazmur 119: 105

Sempena harijadi saya tahun lalu (15-07-2008) saya telah memulakan pelayanan maya dengan membuat blog ini. In fact, inilah blog pertama saya sebelum saya membuat beberapa lagi blog lain. Kelmarin (15-07-2009) VCM telah genap umur setahun.

Selama setahun ini VCM yang dianggotai oleh Mimie, Dr. Donny, dan saya sendiri telah melakukan yang terbaik untuk memuatkan artikel2 keKristianan yang bertujuan untuk membangun iman para pengunjung dan pembaca setia VCM. Selama setahun ini hanya 33 artikel (sebenar) yang telah dipostkan, tetapi saya percaya artikel2 berkenaan telah menyentuh ramai orang walaupun tidak ramai yang menurunkan komen.

Idea asal VCM bukanlah untuk mencabar iman sesiapa khususnya mereka yang tidak seiman dengan kami. Ia khusus ditujukan kepada pelayar2 maya yang rindu dan haus akan perkongsian tentang firman Tuhan di dalam Alkitab. Oleh sebab itu terdapat komen yang terpaksa saya tidak paparkan untuk mengelakkan berlakunya pertikaian atau perdebatan sensitif tentang keagamaan.

VCM akan diperbaharui dari masa ke semasa dan beberapa waktu mendatang ini VCM akan berubah wajah. Terima kasih kepada mereka yang sudah melayari blog ini dan bahkan menjadi follower. Harapan kami agar VCM akan terus maju jaya untuk kemuliaan nama Tuhan dan doa kami agar anda semua akan terus diberkati Tuhan melalui pelayanan maya ini.

Note: Jesus, lover of my soul.

Tuesday, July 14, 2009

IMAN YANG TEGUH

Shallom! Semua pengunjung dan pembaca VCM. Agak lama saya tidak memuatkan artikel di sini. Baru2 ini laptop saya juga bermasalah menyebabkan saya tidak dapat online selalu. Kerosakan yang agak berat kerana terpaksa tukar motherboard. Mungkin bagi orang lain beli baru lagi baik, mudah dan cepat. Tapi saya jenis yang agak konservatif dalam pemilikan barang2 peribadi. Saya suka memelihara nilai2 estetika. Maka saya pertahankan laptop saya selagi masih boleh dan masih kos efektif.

Berbalik kepada perkongsian kali ini. Baru2 ini saya membaca dan menyelidiki semula alkitab dalam kitab Kejadian. Memang firman Tuhan semuanya indah bagi saya, tetapi saya rindu untuk berkongsi tentang iman yang teguh. Abraham (nama asalnya Abram) dikatakan sebagai Bapa Iman. Walaupun saya sudah beberapa kali membaca petikan firman Tuhan mengenai iman Abraham, tetapi saat saya membacanya semula, saya menitiskan airmata.

Suatu ketika TUHAN menyuruh Abraham untuk membawa Ishak ke suatu tempat, sejauh 3 hari perjalanan untuk dijadikan korban bakaran. Ishak merupakan Anak Perjanjian yang TUHAN janjikan untuk memberikan Abraham keturunan yang sebanyak bintang di langit dan sebanyak pasir di pantai daripada isterinya yang sah, Sarah (nama asalnya Sarai).

Bayangkan TUHAN menyuruh Abraham mengorbankan anaknya sendiri. Jika Ishak mati, di manakah janji TUHAN untuk memberikannya keturunan yang banyak? Namun Abraham mempunyai iman yang teguh. Dia setia kepada perintah Tuhan sekalipun dia terpaksa mengorbankan anaknya sendiri, anak yang dijanjikan TUHAN kepadanya.

Sedang mereka berjalan menghampiri tempat yang dimaksudkan, Ishak bertanya kepada Abraham, bapanya, "Kita sudah membawa kayu dan bara api, tetapi di manakah domba yang akan dikorbankan?”


Sudah pasti hati Abraham hancur saat mendengar pertanyaan anaknya yang sebentar akan dikorbankannya. Mungkin dengan airmata, Abraham menjawab, ”TUHAN sendiri yang akan menyediakannya.”


Sudah pasti Abraham tidak sampai hati untuk membunuh anaknya sendiri. Anak yang amat dikasihinya. Dia percaya, dengan iman yang teguh bahawa TUHAN pasti akan melakukan mukjizat yang besar.


Sesudah mereka tiba di tempat persembahan korban, Abraham mendirikan mezbah, menyusun kayu bakar di atasnya, lalu mengikat Ishak dan meletakkannya di atas mezbah tersebut. Abraham kemudian mengambil pisau untuk membunuh anaknya.


Tetapi malaikat TUHAN datang dan TUHAN berseru kepada Abraham melalui malaikat itu, ”Janganlah kau apa2kan anak itu. Sekarang Aku tahu engkau taat dan setia kepadaKu, kerana tidak menolak untuk menyerahkan anakmu yang tunggal itu kepadaKu.”


Abraham menoleh dan melihat seekor domba jantan, yang tanduknya tersangkut dalam belukar. Abraham mengambil domba itu lalu mempersembahkan korban sebagai ganti anaknya, Ishak.


TUHAN berkata lagi kepada Abraham, ”Kerana engkau taat kepadaKu, Aku bersumpah demi namaKu sendiri bahawa Aku akan memberikan engkau keturunan yang banyak, sebanyak bintang di langit dan sebanyak pasir di pantai, serta keturunanmu akan menduduki kota2 musuh. Melalui keturunanmu seluruh bangsa di bumi akan diberkati, sebab engkau mentaati perintahKu.”


Kisah ini benar2 mengingatkan saya kembali untuk merenungkan segala kebaikan dan pertolongan Tuhan di dalam hidup saya secara peribadi. Saudara/i, Marilah kita miliki iman yang teguh seperti Bapa Abraham. Semoga Tuhan memberkati kita semua.

Friday, May 15, 2009

MENAWAN MUSUH TERBESAR KITA (CONQUERING OUR ARCHENEMY)

"Aku, manusia celaka! Siapakah yang akan melepaskan aku dari tubuh maut ini?" (Roma 7:24, ITB)

Jika anda ditanya siapakah musuh terbesar anda, apa jawapan anda?

Iblis? Penjenayah kejam? Pembunuh? Perogol? Pendera? Orang2 yang mementingkan diri sendiri? Pemimpin yang menyeleweng? Suami/isteri anda yang curang? Jiran yang suka memfitnah dan menjatuhkan anda?....

Seringkali bila soalan seperti ini ditanya, mata hati dan fikiran kita akan segera memandang dan menyenaraikan nama2 individu yang menjadi musuh atau individu yang memusuhi kita. Bermula dari yang paling dibenci sehingga kepada yang sederhana dibenci. Namun, realitinya kita lupa bahawa semua individu yang kita senaraikan itu sebenarnya tidak dapat menyakiti kita sama sekali malahan tidak dapat melakukan apapun terhadap diri kita jika kita tidak membenarkan diri kita dikuasai oleh mereka. Bahkan kita boleh sentiasa menjauhkan diri kita dari mereka. Hakikatnya, musuh terbesar kita dan yang paling menakutkan adalah dia yang sentiasa berada dekat dengan kita. Dia yang tidak mungkin dapat dijauhkan dari kita. Dia itu adalah diri kita sendiri.

Secara alamiah, setiap saat di dalam diri kita sentiasa berlaku peperangan di antara dua jenis keinginan. Keinginan baik versus keinginan jahat. Kita selalu mahu melakukan yang baik tetapi pada masa yang sama kita kerap kali jatuh dan masih juga melakukan apa yang bertentangan dengan perintah Tuhan. Kita pasti pernah merasakan seperti yang dirasakan oleh Apostle Paul yang berkata “Sebab apa yang aku perbuat, aku tidak tahu. Karena bukan apa yang aku kehendaki yang aku perbuat, tetapi apa yang aku benci, itulah yang aku perbuat....Sebab di dalam batinku aku suka akan hukum Tuhan, tetapi di dalam anggota-anggota tubuhku aku melihat hukum lain yang berjuang melawan hukum akal budiku dan membuat aku menjadi tawanan hukum dosa yang ada di dalam anggota-anggota tubuhku.” (Roma 7:15-23, ITB) .


Peperangan melawan keinginan daging yang berdosa adalah suatu kenyataan di dalam dunia kita yang telah jatuh dalam dosa. Setiap hari kita berhadapan dengan pelbagai pilihan baik dan jahat. Tidak ada sesiapa bahkan Iblis sekalipun, tidak dapat memaksa kita melakukan kejahatan jika kita TIDAK MEMILIH untuk mengikuti keinginan jahat di dalam diri kita. Iblis atau orang lain hanya boleh menggoda kita tetapi pilihan sebenar terletak di tangan kita sendiri. Namun demikian, sementara pilihan terletak di tangan kita sendiri, kita juga tidak mungkin mempunyai kekuatan untuk memilih yang baik dan benar jika kita berjuang sendirian.

Renungkan ini seketika:

Mengapa Apostle Paul sebagai seorang rasul yang sangat beriman dan sentiasa dekat dengan Tuhan berkata dan bertanya, “Aku, manusia celaka! Siapakah yang akan melepaskan aku dari tubuh maut ini?”

Pertanyaan Apostle Paul adalah juga pertanyaan kita pada hari ini….siapakah yang boleh melepaskan kita daripada keinginan2 jahat yang sentiasa berjuang di dalam diri kita? Ternyata dengan kekuatan sendiri, mustahil untuk kita melepaskan diri daripada keinginan menuruti hawa nafsu manusiawi kita.


Tetapi kita bersyukur kerana pertanyaan itu ada jawapannya… “…oleh Yesus Kristus, Tuhan kita” (Roma 7:25, ITB). Hanya Yesus yang boleh melepaskan kita.


Oleh itu, jika kita merasa pada hari ini sangat terbeban dengan kelemahan2 kita, jangan goyah. Berharaplah kepada Yesus. “Sebab Imam Besar yang kita punya, bukanlah imam besar yang tidak dapat turut merasakan kelemahan-kelemahan kita, sebaliknya sama dengan kita, Ia telah dicobai, hanya tidak berbuat dosa. Sebab itu,

marilah kita dengan penuh keberanian menghampiri takhta kasih karunia, supaya kita menerima rahmat dan menemukan kasih karunia untuk mendapat pertolongan kita pada waktunya.” (Ibrani 4:15-16, ITB).


Have a blessed day everyone
.

Thursday, May 7, 2009

BELAJAR UNTUK BERSYUKUR

"Mengapa hatiku sedih dan gelisah? Aku berharap kepada Allah. Maka aku akan bersyukur lagi kepada-Nya, kepada Allahku dan penyelamatku." (Maz. 42: 5,11, Maz. 43: 5 Alkitab BIS)

Ada waktunya dalam hidup, kita merasakan seperti tidak ada tujuan hidup. Kita terbelenggu oleh pelbagai masalah dan kesulitan hidup. Pada saat itu seringkali pertanyaan yang timbul dalam diri ialah;

"Kenapa saya harus mengalami kesulitan seperti ini?"

"Kenapa mesti saya?"

"Tuhan di manakah Engkau? Kenapa membiarkan saya malang begini?"

Saudara/i yang dikasihi dalam Tuhan, anda tidak sendirian. Justeru pada ketika kita merasakan diri kesepian, Dia hanya mahu kita tahu bahawa Dialah teman yang sejati.

Ketika kita merasa diri seperti tidak tertolong, Dia hanya mahu kita tahu bahawa Dialah sumber pertolongan yang sejati.

Ketika kita merasakan diri penuh kesakitan, Dia hanya mahu kita tahu bahawa Dialah penyembuh yang sejati.

Ketika kita merasakan diri sangat lemah, Dia hanya mahu kita tahu bahawa Dialah sumber kekuatan yang sejati.

Ketika kita merasakan diri serba kekurangan, Dia hanya mahu kita tahu bahawa Dialah sumber segala berkat.

Ketika kita merasakan seperti tidak ada harapan lagi, Dia hanya mahu kita tahu bahawa Dialah sumber pengharapan yang sejati.

Janganlah kita mengukur Tuhan dengan segala kesengsaraan yang kita alami, tetapi belajarlah untuk menghitung setiap hari yang Tuhan berikan kepada kita. Dengan demikian, kita tidak punya alasan untuk tidak mensyukuri setiap detik yang berlalu dalam hidup kita.

Nota: Sesungguhnya setiap nafas yang kita hela, adalah mukjizat dan berkat daripadaNya. Bersyukurlah...

"Dalam segala keadaan hendaklah kalian bersyukur, sebab itulah yang Allah inginkan dari kalian sebagai orang yang hidup bersatu dengan Kristus Yesus (penyelamat)." (1 Tes. 5: 18 Alkitab BIS).

Friday, April 17, 2009

TUHAN JADIKAN SEMUANYA INDAH PADA WAKTUNYA



Setiap hari saya berulang-alik dari rumah ke tempat kerja dengan menaiki kenderaan sendiri yang mengambil kira2 30-45min masa perjalanan.

Sepanjang masa perjalanan itu, kalau bukan mendengar radio Hot FM, saya akan memasang CD lagu. Di antara CD lagu itu sudah tentu CD lagu rohani yang menjadi keutamaan.

Kelmarin, semasa saya dalam perjalanan balik ke rumah, saya memasang CD lagu rohani yang sememangnya sentiasa berada dalam pemain CD. Saya sungguh diingatkan, dihiburkan dan diberkati dengan sebuah lagu yang berlirik seperti berikut;

Ada waktu untuk berduka,
Dan ada waktu ‘tuk tertawa,
Untuk segala sesuatunya
Ada waktunya...

Ada waktu untuk merombak,
Dan ada waktu ‘tuk membangun,
Kau jadikan semuanya indah,
Pada waktunya...

Walau kini ku menambur benih,
Sambil mencucurkan airmata,
Kupercaya suatu saat kukan menuai berkatnya,
Sambil bersorak-sorai.

Nota: Marilah sentiasa mengingatkan diri kita akan kebaikan dan kemurahan Tuhan setiap waktu kerana sesungguhnya tidak ada sedetik dalam hidup kita yang terlepas dari permerhatianNya. Sila klik YouTube di atas untuk mendengarkan lagu tersebut.

Saturday, April 11, 2009

PERAYAAN PASKAH KRISTIAN


Shalom! Dalam nama Tuhan Yesus Kristus. Paskah disambut dengan cara yang berbeza-beza mengikut tradisi gereja masing-masing. Namun hari-hari yang lebih popular dan diberi perhatian yang lebih khusus ialah Good Friday (Jumaat Agung)  dan Easter Sunday. Ramai orang, bahkan orang ‘Kristian’ sendiri kurang mengerti tentang Paskah, Good Friday, dan Easter. Oleh itu ramai orang (Kristian) tidak begitu menghargai hari-hari ini dan tidak menyambutnya dengan makna yang lebih alkitabiah.

Tanpa mempersoalkan maksud di luar konteks Kristian, pengertian secara ringkas bagi Good Friday adalah hari memperingati hari kematian Tuhan Yesus, manakala Easter pula merujuk kepada hari memperingati hari kebangkitan Tuhan Yesus dari kematian (pada hari ketiga selepas kematianNya). Tarikh Good Friday berbeza-beza setiap tahun kerana ditentukan oleh pengiraan dan penetapan hari Easter berdasarkan kalendar Ibrani, Paschal Full Moon (PFM). Perayaan Paskah bagi orang Yahudi sebenarnya ketetapan ibadah yang diperintahkan oleh TUHAN sendiri untuk memperingati ‘pembebasan’ mereka dari perhambaan di Mesir pada zaman nabi Musa dahulu.

Menurut kitab Keluaran (bab 5-12), nabi Musa telah diperintahkan oleh TUHAN untuk memimpin umat Israel keluar dari Mesir supaya dapat beribadah kepadaNya. Firaun pada mulanya tidak membenarkan mereka pergi sehingga tulah yang terakhir menimpa Mesir, iaitu ‘kematian’ semua anak sulung orang Mesir termasuk Firaun dan segala ternakan mereka. Hanya selepas itu barulah Firaun membenarkan mereka pergi. Pada malam ‘pembunuhan’ itu TUHAN telah ‘melewati’ (pass over) rumah orang-orang Israel yang ditandai oleh darah anak domba yang disembelih sebagai korban Paskah. TUHAN memerintahkan umat Israel untuk melakukan ibadah Paskah ini setiap tahun untuk memperingati penyelamatan dari Tuhan. Itulah sebabnya sungguhpun orang-orang Yahudi telah tercerai-berai di serata tempat di dunia ini, mereka tetap dapat disatukan semula kerana sambutan perayaan ini.

Dalam konteks Kristian, perayaan Paskah tidak lagi merujuk kepada perayaan Paskah Yahudi, tetapi seperti yang saya nyatakan di atas, merujuk kepada hari memperingati ‘pembebasan’ manusia daripada perhambaan dosa melalui ‘kematian’ dan ‘kebangkitan’ Yesus Juruselamat. Dialah anak domba Allah yang menjadi korban Paskah sejati (Yohanes 1: 29). Menurut kitab Taurat, hampir segala sesuatu disucikan dengan darah. Demikian juga dosa hanya dapat diampunkan jika ada penumpahan darah (Ibrani 9: 22). Di dalam perjanjian lama, setiap kali umat Israel berdosa, mereka akan mempersembahkan haiwan seperti lembu, domba, kambing, dan burung sebagai korban pengampunan dosa. Haiwan-haiwan ini pula mestilah yang sihat dan tidak bercacat cela.

Kitab orang Yahudi bukanlah gambaran lengkap dan sempurna tentang perkara yang sebenarnya. Ia hanyalah bayangan kepada karya yang sempurna pada masa hadapan. Semua persembahan korban itu tidak dapat menghapuskan dosa manusia. Darah haiwan tidak dapat menggantikan dosa manusia. Dosa manusia hanya dapat dihapuskan dengan korban darah manusia juga. Manusia yang akan dikorbankan itu pula haruslah seseorang yang tidak ada cacat celanya atau dalam erti kata yang sebenar 'tidak berdosa'. Namun sebelum dan selepas Yesus, tidak ada manusia di muka bumi ini yang tidak berdosa. Setiap bayi yang dilahirkan sudah berdosa (kerana dosa warisan dari Adam; Bapa leluhur kita). Siapakah yang layak untuk dijadikan korban penghapus dosa manusia? Allah mengetahui bahawa hanya ada satu cara iaitu 'menjadikan' seorang manusia yang tidak berdosa untuk tujuan tersebut.

Karya yang mulia itu terlaksana melalui Yesus dan hanya Dia. Yesus dikandung oleh seorang perawan bernama Maria dengan kuasa Roh Kudus (bukan hasil hubungan suami isteri). Itu telah menjadikanNya tidak berdosa sejak dibentuk di dalam rahim 'ibu'Nya, saat dilahirkan sampailah ke akhir hayat 'manusia'Nya. Yesus Kristus melakukan kehendak Allah, dan mempersembahkan diriNya sendiri sebagai korban penghapus dosa. Hal itu dilakukanNya hanya sekali saja untuk selama-lamanya. Dengan darahNya yang jauh lebih berharga dari emas dan perak,Dia menebus kita dari dosa (1 Petrus 1: 18-19).

"Sebenarnya Dia ilahi, tetapi Dia tidak menganggap keadaanNya yang ilahi harus dipertahankanNya. Sebaliknya, Dia rela melepaskan segala-galanya, lalu menjadi seperti hamba. Dia datang sebagai manusia. Dia merendahkan diri dan hidup taat kepada Allah sehingga mati; mati di atas salib. Itulah sebabnya Allah meninggikan dia setinggi-tingginya, dan mengurniai Dia kedudukan yang lebih tinggi daripada semua kedudukan yang lain. Oleh itu, untuk menghormati Yesus, semua makhluk di syurga, di bumi dan di bawah bumi akan sujud menyembah Dia. Mereka semua akan mengaku bahawa Yesus Kristus ialah Tuhan; dengan demikian Allah Bapa dimuliakan.” (Filipi 2: 6-11, Alkitab BM)

Monday, April 6, 2009

Hati Yang Gembira

Ramai di antara kita tenggelam setiap hari dalam kesedihan yang tidak berpenghujung. Kita gagal menikmati suatu kehidupan yang memuaskan kerana kita membiarkan diri kita terus-menerus dibelenggu oleh ratapan dan kegelapan yang menyelubungi fikiran. Akibatnya, ia 'mencacatkan' keceriaan air muka kita, melumpuhkan kesihatan dan akhirnya memendekkan usia kita. Berita baik bagi kita ialah KITA BOLEH MEMILIH UNTUK MEMPUNYAI HATI YANG GEMBIRA. Perubahan itu bermula dan terletak pada diri kita sendiri.

Bagaimana?

1) Tuhan - "Takut akan TUHAN adalah didikan yang mendatangkan hikmat, dan kerendahan hati mendahului kehormatan" (Amsal 15:33, ITB). Ketika Tuhan menjadi pusat di dalam hati kita, Dia dapat mengajarkan jalan-jalanNya kepada kita melalui pengalaman-pengalaman dalam kehidupan kita.

2) Tertawa - "Hati yang gembira membuat muka berseri-seri, tetapi kepedihan hati mematahkan semangat" (Amsal 15:13, ITB). Kebahagiaan sejati bermula dari hati kita yang terdalam dan kemudian terpancar atau terlihat dari muka kita.

3) Hargai Perkara-perkara Yang Kecil - "Lebih baik sepiring sayur dengan kasih, daripada lembu tambun dengan kebencian" (Amsal 15:17, ITB). Memelihara hubungan kasih dan menikmati perkara-perkara yang kecil namun utama di dalam hidup kita jauh lebih penting daripada kekayaan dan kejayaan.

Tidak semua dari antara kita akan berumur panjang, namun kita semua dapat hidup dengan baik setiap hari dengan tertawa gembira, selalu berjalan bersama Tuhan dan menghargai perkara-perkara kecil di dalam hidup. God bless everyone!

Friday, March 20, 2009

HATI NURANIKU...

Hati nurani merupakan bahagian terdalam di dalam peribadi seseorang manusia. Ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tidak dapat dirasa oleh sentuhan dan tidak dapat didengar oleh halwa telinga. Namun Tuhan berbicara kepada manusia di sana.

Kenapa hati nurani itu sangat penting sekali untuk kita perhatikan dan pelihara. Biarlah firman Tuhan sendiri yang berbicara kepada kita untuk menyatakan kebenarannya.

Ada apa dengan hati nurani?

1. Hati nurani manusia merupakan terang dari TUHAN yang menyoroti seluruh batin. (Amsal 20: 27, Alkitab BIS).

2. Apa yang dapat diketahui manusia tentang Allah sudah jelas di dalam hati nurani manusia, sebab Allah sendiri sudah menyatakan itu kepada manusia. (Roma 1: 19, Aliktab BIS).

3. Berjuanglah dengan berpegang pada kepercayaan yang benar dan dengan hati nurani yang suci. Ada orang-orang yang tidak peduli akan suara hati nuraninya, sehingga hancurlah kepercayaan mereka. (1 Timotius 1: 19, Aliktab BIS).

Nota: Bersama kita merenungkannya... Tuhan memberkati kita semua.

Wednesday, March 11, 2009

NIMROD: THE GREAT HUNTER

Pagi ini sementara saya duduk dalam bilik konsultasi ACS dan membuka laptop untuk cek blog dan emel. Saya menerima satu SMS dari adik saya Maslinah. Berikut adalah kandungan SMS tersebut, "Shalom, abang jangan terkejut. Si Nimrod anak Pdt. Jimmy meninggal subuh ini kerana kemalangan jalan raya. Tolong berdoa bagi family Nimrod termasuk anak dan isterinya. Lina pun sangat terkejut dan sedih bila mendengar khabar ini. Martiah yang mesej dan beritahu Lina."

Saya tersentak dengan mesej itu. Masih agak tidak percaya dengan berita yang saya baru dengar. Saudara Nimrod merupakan seorang guru yang bertugas di PPD Kudat. Di dalam gereja beliau merupakan Timbalan Pengerusi Belia Pusat PCS.

Beliau merupakan junior saya di UKM, cuma berbeza bidang dan kampus. Ketika di universiti beliau sudah begitu giat dalam pelayanan di gereja SIB. Apabila beliau kembali ke Sabah, beliau tidak menunggu lama untuk maju dalam kerjaya dan pelayanan kerana beliau memang seorang yang komited dan begitu bersemangat dalam kerjaya dan pelayanan.

Beliau masih muda. Kali terakhir saya bertemu beliau ialah ketika retreat Belia PCS di Kionsom, Inanam pada bulan Disember tahun lalu. 'Pemergian' beliau ini sudah pasti satu kehilangan yang besar, bukan sahaja kepada isteri dan anak beliau yang masih kecil, bahkan kepada seluruh rakan2 di tempat kerja dan rakan2 sepelayanan seperti saya dan PCS sebagai gereja yang menaungi beliau.

Apa yang dapat saya perkatakan di sini. Kematian tidak pernah mengenal usia, jantina dan kedudukan seseorang. Ia boleh menjemput kita bila2 masa dalam hidup kita ini. Ada orang yang sudah sangat tua berkata, "kenapa mesti cucu saya yang meninggal dan bukan saya yang sudah amat tua dan tidak bersemangat untuk hidup lagi?" Tapi siapakah kita untuk mementukan takdir kita sendiri. Kehendak Tuhan juga yang terjadi.

Sebaik-baik perkara yang dapat kita lakukan kata 'Pengkhutbah' ialah menikmati hidup ini dan melakukan yang terbaik untuk Tuhan. Hidup di dunia hanya sekali. Itupun segera akan berlalu, tetapi apa yang kita lakukan untuk Tuhan, itu yang kekal abadi. "Sebab jika kita hidup, kita hidup untuk Tuhan, dan jika kita mati, kita mati untuk Tuhan. Jadi baik hidup atau mati, kita adalah milik Tuhan." (Roma 14: 8, Alkitab Terjemahan Baru INA)

Nota: Kepada isteri, anak, keluarga dan seluruh sahabat handai yang menyayangi peribadi ini, saya doakan penghiburan dan kesejahteraan dari Tuhan terus menyertai kita semua. Semoga kita terus kuat untuk meneruskan 'perjuangan' hidup, dan terus berlari ke arah tujuan hidup sesuai dengan panggilan Bapa melalui Yesus Kristus, Tuhan kita. Tuhan memberkati kita semua...

Saturday, February 21, 2009

Masa Untuk 'Retreat'

While the Benjamites were saying, "We are defeating them as before," the Israelites were saying, "Let's retreat and draw them away from the city to the roads." (Judges 20: 32, NIV)

Shallom! Kepada semua pengunjung dan pembaca blog ini. Semoga teman2 semua dalam keadaan yang sihat sejahtera dan berbahagia sentiasa serta diberkati Tuhan melalui perkongsian2 di sini.

Teman2 sekalian, seperti yang saya pernah kongsikan sebelum ini, kini saya sudah 3 minggu mengusahakan klinik sendiri (Acacia Clinic & Surgery) di pekan Kota Belud. Banyak pengalaman dan suka duka sebelum ia mula beroperasi sepenuhnya, tetapi saya tetap bersyukur kepada Tuhan kerana memberikan kekuatan dan hikmat untuk menghadapi semua keadaan itu.

Semenjak dua menjak ini juga saya agak aktif dengan beberapa lagi laman blog yang saya sertai dan ikuti (find them at my profile). Banyak cerita, daripada keadaan politik semasa di Malaysia sampailah kepada cerita2 lawak jenaka yang mencuit hati. Saya agak terleka juga kadang2, sehingga saya seringkali mengingatkan diri saya untuk kembali fokus. Thanks to my dear sister who indirectly reminded me through one of her posting in one of our blog.

Setelah banyak kesibukan yang saya lalui, saya sedar saya perlu retreat. Saya perlu bertenang kembali dan mengambil waktu untuk menyusun langkah seterusnya. Saya perlu menyiapkan beberapa perkara yang tertangguh kerana urusan klinik dan 'kesibukan' harian. Membaca dan menulis merupakan beberapa perkara yang saya sukai. Saya perlu menyiapkan beberapa karangan yang telah saya mulakan beberapa waktu yang lalu. Saya berharap ianya dapat disiapkan dalam tempoh yang terdekat.

Mungkin teman2 juga sedang mengalami keadaan yang saya alami. Mungkin lebih sukar lagi. Mungkin juga tidak. Namun, apa yang saya rindu untuk kongsikan kepada kita semua ialah, ada waktu2nya dalam hidup kita di mana kita akan berasa keletihan kerana kita terlibat dengan banyak komitmen. Lebih2 lagi jika ada di antaranya yang kita tidak berapa gemari.

Kita semua ada waktu2nya perlu retreat. Seorang panglima perang jika dia melihat peperangan itu tidak memihak kepada pasukannya, dia akan mula memanggil mereka untuk retreat. Retreat bukan bererti kalah. Ia sebenarnya tindakan bijak untuk memberi kesempatan mencari dan mengumpul kekuatan baru, dan berlatih lagi supaya dalam peperangan seterusnya kemenangan boleh dicapai.

Oleh itu teman2, marilah kita perhatikan keadaan hidup kita sentiasa. Jika keadaan tidak begitu memihak kepada kita atau kepada keadaan yang kita kehendaki, marilah kita melakukan retreat. Semoga pada langkah seterusnya, hasilnya akan lebih positif. Tuhan memberkati kita semua.

Note: Retreat is to recruit and retrain before returning back into the field. Don't we love it? -ison

Saturday, February 14, 2009

A Special Note To Share On Valentine's Day

Shallom everyone!

Everybody knows what February 14th means. Most couples consider it as a day to say 'I love you' in a most extravagant way than any other day of the year. Some even choose it as the most perfect day to be united in a matrimony. While others have it as a day to be romantically remembered and spent with loved ones. The list could go on and on but friends, whatever Valentine's day means to us, think not of it as the one and only day to show our love to loved ones, relatives, fellow friends and even including those strangers that worth so much of our loving attention. Yes, today is a day to love one another! But remember to keep our love cup full and overflowing for the next tomorrows.

Kay Kuzma explains about keeping our love cup full in a very awe-inspiring way and I would like to share with you an excerpt of this author's writing:

Down deep in your heart there's a cup. Not of fine china, silver, or gold, but a cup of feeling and emotion that when filled makes life worth living. I call it the love cup. It measures your level of contentment. In essence, it's your psychological well-being.

The love I am writing about is not a romantic love, but agape love--a principle, not necessarily devoid of emotion, but not dependent on it either. It is love given with no strings attached, just because the other person exists. When we experience it, endorphins--substances chemically similar to morphine--flow into the brain, producing a sense of security, peace, and calm. One feels good because one feels intrinsically valuable.

When your cup is running low, you feel unloved, rejected, worthless, and empty--you have nothing to give. A drained cup turns your world negative. Anger, criticism, sarcasm, guilt, and bitterness rush in to fill the void.

God can enter a life that's filled with hate and selfishness. He can change it. In a sense, that's the meaning of conversion. No one is beyond God's healing power of love. But even though God can do it, that doesn't mean we should leave the filling entirely to Him. The Lord gives the opportunity to be His entering wedge. People starved for love may first need to experience a little love in action--from fellow human beings. It causes them to realize that their lives are empty. Then we can point them to the Source (Jesus) of complete love.

If you feel empty, ask God to fill you. He will speedily respond. And seek out others who can be cup-fillers, too. Then when your cup is filling, or full, reach out and begin filling the empty love cups of the unlovable. You may not feel loving toward them, but that doesn't matter. God asks no one to feel loving. He just says to be loving. It's the act of love that is important. Love is something you do. And as you love, both you and the one whose cup you are filling will begin to live life abundantly!


You anoint my head with oil; my cup overflows. Surely goodness and love will follow me all the days of my life, and I will dwell in the house of the Lord forever.
Psalms 23:5,6

HAPPY VALENTINE'S DAY TO ALL OF YOU...God bless.

Tuesday, February 3, 2009

Fasa Peralihan

Menurut hukum sains, sesuatu jirim boleh berubah dari fasa pepejal kepada cecair, kemudian kepada gas, dan begitu juga sebaliknya. Keadaan2 itu berlaku apabila sesuatu jirim itu terdedah atau berada pada keadaan suhu dan tekanan tertentu yang boleh mengubah pergerakan zarah2 dalam jirim tersebut.

Dalam keadaan pepejal, zarah2 dikatakan berada dalam keadaan yang rapat dan tidak bergerak bebas. Ini menyebabkan pepejal mempunyai bentuk yang tetap dan tidak berubah2 mengikut bentuk ruang. Zarah2 dalam cecair pula lebih jarak antara satu sama lain dan lebih bebas bergerak. Oleh itu ia tidak mempunyai bentuk yang tetap, mengikut bentuk ruang. Dalam keadaan gas, zarah2nya semakin jauh antara satu sama lain dan bebas bergerak ke segenap ruang yang ada.

Sebelum berlaku perubahan fasa, sesuatu jirim tersebut akan melalui suatu fasa peralihan. Fasa peralihan daripada pepejal kepada cecair dinamakan 'pencairan' dan fasa peralihan daripada cecair kepada gas dinamakan 'penyejatan'. Pepejal juga boleh terus berubah menjadi gas dan fasa peralihan itu dinamakan 'pemejalwapan', manakala perubahan daripada gas kepada cecair dinamakan 'kondensasi'/'penyulingan', dan cecair kepada pepejal dinamakan 'pembekuan'.

Semasa jirim berada pada fasa peralihan, ia berada dalam keadaan yang tidak stabil kerana ia perlu 'memilih untuk menempatkan dirinya' di antara dua fasa yang berbeza. Namun apabila keadaan terus mendesak, maka ia tidak ada pilihan lain selain daripada berubah kepada bentuk yang bersesuaian dengan suhu dan tekanan persekitarannya.

Di dalam kehidupan kita juga ada fasa2 tertentu yang harus kita lalui, dan ada fasa peralihan. Sewaktu berada dalam fasa peralihan, kita juga mungkin masih berfikir untuk memilih samada mahu menerima perubahan atau tidak. Tetapi apabila keadaan semakin mendesak, samada kita suka atau pun tidak, kita harus berubah mengikut keadaan persekitaran dan kitaran hidup kita.

Mungkin saat ini ada di antara kita yang sedang berada dalam fasa peralihan. Mungkin sukar mengalami keadaan seperti itu. Seperti berada di dua persimpangan, dan tidak tahu memilih untuk mengikut yang mana satu. Berundur tidak dapat, namun maju juga sukar. Jika keadaan anda seperti itu, perhatikan dan ketahuilah bahawa ada satu Daya di mana kita boleh bersandar, agar kita dapat dipimpin untuk memilih jalan yang betul, dan berubah mengikut kehendak-Nya.

"Sebaliknya, kalau orang-orang dipimpin oleh Roh Allah, hasilnya ialah: Mereka saling mengasihi, mereka gembira, mereka mempunyai ketenangan hati, mereka sabar dan berbudi, mereka baik terhadap orang lain, mereka setia,... Jikalau kita hidup oleh Roh, baiklah hidup kita juga dipimpin oleh Roh," Gal. 5: 22, 25

Nota: Terus berubah untuk berbuah.

Thursday, January 8, 2009

IT'S TIME TO FALL IN LOVE AGAIN

I hope it’s still not too late for me to wish every faithful reader of our Virtual Church blog…A VERY HAPPY NEW YEAR 2009! It has been quite a long time since my last entry was posted here and for that I would like to apologize to everyone for my ‘inactiveness’ in contributing something here. I hope I can be a more active witness of God in this year. Do pray for me as well as the other authors/admin of this blog ministry.

On the last day of 2008, a good friend of mine said to me that we can understand life more by looking at our past but can only experience a real life if we continue to move forward. I agreed with him. True enough that we can understand and perhaps should learn life more by looking at our – good and bad – past. But of course we are not only talking about something by just looking at it and then stop there. It’s more than a mere look. It’s a deep searching and learning process that promote improvement in our lives. Okay, time for self-assessment. Actively my mind started its auto-job, forcing me to look back at my past days throughout year 2008. Few questions aroused. What good and bad things had I done? Have I been closer to God or the other way around? Have I loved God more and more or less and less?

Every thought indulged, every deed done, each word said went on screening, being evaluated, and for some time my mind was sort of in agony remembering and feeling that my love relationship with my Lord has somehow gone cold. Possible causes? Too much time spent indulging worldly pleasures. Too easy to get distracted by life’s perplexities. Too fast to make selfish judgments and yet very slow to learn. Many times along the way I almost could see myself as first in everything, thus putting God as the second or even worse sometimes last. I got enough time and strength to do lots of other stuffs but less interest or too busy to personally read and meditate upon the Word of God. Thank God that despite of all these weaknesses, God never forsakes me alone. He has been always with me through it all exactly as He has promised… “Behold, I am with you always, even unto the end of the world. Amen” Matt 28:20.

Friends, your walking experience with the Lord in year 2008 may be or may be not the same as mine but I believe we all do face multiple challenges every now and then that either would strengthen or loosen our love relationship with God. Whatever my or your faith condition is and in spite of all our weaknesses, never dare even once to think that God has forsaken you. If you feel so, that is just the devil trying hard to make you doubt on God’s wonderful promises.

Just as true as God loves us unconditionally and endlessly, it is also true that God hates sin. It really hurts Him when we choose to deny Him and betray His love. But He never gives up on us. God loves us so much and doesn’t want to lose us no matter how terrible we are. Listen to this blessed assurance…Isaiah 44:22 I have put your evil doings out of my mind like a thick cloud, and your sins like a mist: come back to me; for I have taken up your cause.


Friends, if we feel that we have gone astray from God, it definitely just the right time to come back to Him. If we feel that our love with God has gone cold or we have turned away from our first love... it’s time to fall in love with God again and resolve to always think, act and say “every moment I love you Lord” for each new day in 2009.

Don’t be discouraged for what “bad” had we done in year 2008 because by the grace of God, we can always begin a new start of change that is by “Forgetting what lies behind and straining forward to what lies ahead” like what Apostle Paul did. After all we can only experience a real life when we choose to move forward with God!

Note: There’s nothing we can do to make God love us more, there’s nothing we can do to make God love us less. God always loves sinners like you and me!

Don't Give Up

Sometimes ago I got this email from a friend of mine. I really love the story as it's very inspiring (at least to me). I would like to post it here to share the blessing with everyone. The original writer is anonymous, so I couldn't give a specific gratitude. Anyway, whoever the author is, if you ever see this story posted here (in our blog), I hope you don't mind and thanks again. God bless you and everyone who read this wonderful story. Here's the story...

***

One day I decided to quit... I quit my job, my relationship, my spirituality... I wanted to quit my life. I went to the woods to have one last talk with God.

"God", I asked, "Can you give me one good reason not to quit?"

His answer surprised me... "Look around", He said. "Do you see the fern and the bamboo?"

"Yes", I replied.

"When I planted the fern and the bamboo seeds, I took very good care of them. I gave them light. I gave them water. The fern quickly grew from the earth. Its brilliant green covered the floor. Yet nothing came from the bamboo seed. But I did not quit on the bamboo. In the second year the Fern grew more vibrant and plentiful. And again, nothing came from the bamboo seed. But I did not quit on The bamboo. He said. "In year three there was still nothing from the bamboo seed. But I would not quit. In year four, again, there was nothing from the bamboo seed. I would not quit." He said.

"Then in the fifth year a tiny sprout emerged from the earth. Compared to the fern it was seemingly small and insignificant...But just 6 months later the bamboo rose to over 100 feet tall. It had spent the five years growing roots. Those roots made it strong and gave it what it needed to survive. I would not give any of my creations a challenge it could not handle."

He asked me. "Did you know, my child, that all this time you have been struggling, you have actually been growing roots".

"I would not quit on the bamboo. I will never quit on you."

"Don't compare yourself to others." He said.

"The bamboo had a different Purpose than the fern. Yet they both make the forest beautiful."

"Your time will come", God said to me.

"You will rise high"

"How high should I rise?" I asked.

"How high will the bamboo rise?" He asked in return.

"As high as it can?" I questioned.

"Yes." He said, "Give me glory by rising as high as you can."

I left the forest and brought back this story. I hope these words can help you see that God will never give up on you. Never, Never, Never Give up. For the Christian Prayer is not an option but an opportunity. Don't tell the Lord how big the problem is, tell the problem how Great the Lord is!

***

Blessed Year 2009 to everyone.

Friday, January 2, 2009

Azam Tahun Baru

Shallom! Bertemu kembali di Gereja Maya di tahun baru 2009. Di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tak terhingga atas kesetiaan anda untuk mengikuti perkembanagn pelayanan maya ini. Saya berharap siapa pun anda, telah diberkati oleh perkongsian2 yang kami telah sampaikan di sini. Berkat itu bukan daripada kami, tetapi Bapa di Syurga yang telah menyatakan kasihNya kepada dunia ini melalui AnakNya Yesus Kristus. Segala salah dan silap perkataan, kami memohon berbanyak2 kemaaafan dan kami mendoakan semoga tahun ini menjanjikan berkat yang besar untuk kita semua.

Seperti kebiasaannya apabila tahun baru menjelma, orang pasti akan bertanya tentang azam baru. Bagi saya secara peribadi saya sudah mula tidak menyenaraikan apa azam baru setiap tahun sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Bukan kerana tidak ada azam baru, tetapi saya lebih selesa jika saya hanya meletakkan azam baru saya sebagai 'mahu memberi dan menjadi yang terbaik untuk Tuhan'. Oleh kerana itulah azam baru yang saya sentiasa pegang, maka saya tidak perlu menukarnya lagi atau menyenaraikan lagi azam2 baru yang banyak. Saya anggap semua itu hanyalah usaha2 saya untuk mahu 'memberi dan menjadi yang terbaik untuk Tuhan'.

Jika perlu disenaraikan juga beberapa di antara usaha itu, sudah pasti seperti ramai saudara/i ketahui saya mahu buat yang terbaik dalam usaha saya untuk mengusahakan klinik sendiri di pekan Kota Belud yang akan bermula pada bulan ini (semoga dapat dimulakan pada 19 Jan 2009). Sedikit masa nanti saya akan buat artikel dan laman khas mengenainya. Apa yang pasti, dalam segala sesuatu yang saya ingin lakukan, Tuhan tetap menjadi yang terutama dan yang terpenting. Apa saja usaha yang saya buat, saya mahu melakukannya untuk memuliakan namaNya.

Tahun ini (Bulan ini) juga saya dan isteri akan menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-5. Saya secara peribadi mengharapkan agar kami sekeluarga akan terus diberkati dan diurapi Tuhan. Hubungan saya dengan isteri tetap penuh kasih dan bahkan semakin intim dan penuh pengertian. Sentiasa menjadi harapan saya yang besar agar kami sekeluarga akan sentiasa memelihara kasih Yesus dalam kehidupan kami, melayani dengan penuh kasih dan menjadi berkat bagi orang lain. Anak2 kami akan memulakan persekolahan; Ada yang masuk tahun 1 (anak angkat), ada yang masuk tadika satu (anak sulung) dan yang bungsu baru melepasi umur 2 tahun.

Banyak perkara lain juga yang saya ingin lakukan di tahun yang baru ini, tetapi cukuplah perkongsian kali ini. Jika ada kesempatan yang lain dan ada keperluan, saya akan kongsikan. Untuk itu saya mengajak kita semua yang percaya Yesus agar terus giat di dalam Tuhan; belajar firman Tuhan dengan lebih tekun, semakin mengasihi sesama dan sentiasa saling mendoakan. Marilah terus menjadi terang dan garam bagi dunia ini; secara nyata ataupun maya. Selamat Tahun Baru 2009 dan Tuhan memberkati kita semua.

Note: There's a saying, "God First, Family Second, and Career Third. It's not a philosophy, but it's a reality."