Dalam keadaan pepejal, zarah2 dikatakan berada dalam keadaan yang rapat dan tidak bergerak bebas. Ini menyebabkan pepejal mempunyai bentuk yang tetap dan tidak berubah2 mengikut bentuk ruang. Zarah2 dalam cecair pula lebih jarak antara satu sama lain dan lebih bebas bergerak. Oleh itu ia tidak mempunyai bentuk yang tetap, mengikut bentuk ruang. Dalam keadaan gas, zarah2nya semakin jauh antara satu sama lain dan bebas bergerak ke segenap ruang yang ada.
Sebelum berlaku perubahan fasa, sesuatu jirim tersebut akan melalui suatu fasa peralihan. Fasa peralihan daripada pepejal kepada cecair dinamakan 'pencairan' dan fasa peralihan daripada cecair kepada gas dinamakan 'penyejatan'. Pepejal juga boleh terus berubah menjadi gas dan fasa peralihan itu dinamakan 'pemejalwapan', manakala perubahan daripada gas kepada cecair dinamakan 'kondensasi'/'penyulingan', dan cecair kepada pepejal dinamakan 'pembekuan'.
Semasa jirim berada pada fasa peralihan, ia berada dalam keadaan yang tidak stabil kerana ia perlu 'memilih untuk menempatkan dirinya' di antara dua fasa yang berbeza. Namun apabila keadaan terus mendesak, maka ia tidak ada pilihan lain selain daripada berubah kepada bentuk yang bersesuaian dengan suhu dan tekanan persekitarannya.
Di dalam kehidupan kita juga ada fasa2 tertentu yang harus kita lalui, dan ada fasa peralihan. Sewaktu berada dalam fasa peralihan, kita juga mungkin masih berfikir untuk memilih samada mahu menerima perubahan atau tidak. Tetapi apabila keadaan semakin mendesak, samada kita suka atau pun tidak, kita harus berubah mengikut keadaan persekitaran dan kitaran hidup kita.
Mungkin saat ini ada di antara kita yang sedang berada dalam fasa peralihan. Mungkin sukar mengalami keadaan seperti itu. Seperti berada di dua persimpangan, dan tidak tahu memilih untuk mengikut yang mana satu. Berundur tidak dapat, namun maju juga sukar. Jika keadaan anda seperti itu, perhatikan dan ketahuilah bahawa ada satu Daya di mana kita boleh bersandar, agar kita dapat dipimpin untuk memilih jalan yang betul, dan berubah mengikut kehendak-Nya.
"Sebaliknya, kalau orang-orang dipimpin oleh Roh Allah, hasilnya ialah: Mereka saling mengasihi, mereka gembira, mereka mempunyai ketenangan hati, mereka sabar dan berbudi, mereka baik terhadap orang lain, mereka setia,... Jikalau kita hidup oleh Roh, baiklah hidup kita juga dipimpin oleh Roh," Gal. 5: 22, 25
Nota: Terus berubah untuk berbuah.
No comments:
Post a Comment
"Perkataan yang baik merupakan berkat bagi banyak orang." (Amsal 10: 21)