Sempena harijadi saya tahun lalu (15-07-2008) saya telah memulakan pelayanan maya dengan membuat blog ini. In fact, inilah blog pertama saya sebelum saya membuat beberapa lagi blog lain. Kelmarin (15-07-2009) VCM telah genap umur setahun.
Selama setahun ini VCM yang dianggotai oleh Mimie, Dr. Donny, dan saya sendiri telah melakukan yang terbaik untuk memuatkan artikel2 keKristianan yang bertujuan untuk membangun iman para pengunjung dan pembaca setia VCM. Selama setahun ini hanya 33 artikel (sebenar) yang telah dipostkan, tetapi saya percaya artikel2 berkenaan telah menyentuh ramai orang walaupun tidak ramai yang menurunkan komen.
Idea asal VCM bukanlah untuk mencabar iman sesiapa khususnya mereka yang tidak seiman dengan kami. Ia khusus ditujukan kepada pelayar2 maya yang rindu dan haus akan perkongsian tentang firman Tuhan di dalam Alkitab. Oleh sebab itu terdapat komen yang terpaksa saya tidak paparkan untuk mengelakkan berlakunya pertikaian atau perdebatan sensitif tentang keagamaan.
VCM akan diperbaharui dari masa ke semasa dan beberapa waktu mendatang ini VCM akan berubah wajah. Terima kasih kepada mereka yang sudah melayari blog ini dan bahkan menjadi follower. Harapan kami agar VCM akan terus maju jaya untuk kemuliaan nama Tuhan dan doa kami agar anda semua akan terus diberkati Tuhan melalui pelayanan maya ini.
Note: Jesus, lover of my soul.
Shallom.. semoga blog ini bertumbuh dan menjadi penawar buat mereka yang rindu akan DIA. AMEN. Selamat harijadi...
ReplyDeleteTahniah VCM. Teruskan pelayanan yg baik. Happy birthday VCM & Ison. God bless.
ReplyDelete