Shalom! Semua pembaca VCM... Roma 10: 11
Artikel saya sebelum ini membicarakan tentang tajuk Bersandar Kepada Tuhan: Kenapa? Kali ini saya ingin menyambung bicara mengenai tajuk yang sama, tetapi dengan subtajuk 'Bagaimana?'
Ramai orang yang berkata, "Kita percaya dan bersandar kepada Tuhan saja." Tapi adakah mereka benar2 maksudkannya, dan bagaimana mereka melakukannya, atau lebih jelas lagi, apa yang mereka lakukan yang menunjukkan bahawa mereka benar2 orang yang bersandar kepada Tuhan?
Ujian paling mudah untuk menentukan seseorang benar2 bersandar kepada Tuhan ialah dengan melihat bagaimana dia menangani hidupnya. Apabila mengalami kesulitan dalam hidup, seseorang boleh saja melakukan sesuatu di luar kawalan pertimbangan yang wajar. Kalau bukan menyalahkan diri dan orang lain, menyalahkan Tuhan. Boleh membuatkannya berkata bahawa ternyata Tuhan tidak wujud kerana tidak menolongnya di saat mengalami kesusahan.
Dalam keadaan yang senang, seseorang boleh saja lupa diri, lupa keluarga dan kawan2. Bahkan melupakan Tuhan. Semakin senang, dia akan semakin yakin bahawa segala kesenangan itu adalah hasil usahanya semata2 dan semakin lupa bahawa hembusan nafasnya pun hanyalah 'pinjaman' dari Tuhan.
Orang yang bersandar kepada Tuhan dapat dilihat melalui kesetiaannya merenungkan Firman Tuhan, bersyukur dan berdoa selalu. Ketika mengalami kesusahan, tetap berserah dan mengharapkan pertolongan dari-Nya, walaupun dia sendiri tidak tahu bagaimana dan bila pertolongan itu akan tiba. Ketika dalam kesenangan, tetap bersyukur dan percaya bahawa semua kesenangan itu adalah kerana-Nya. Pendek kata, dalam sebarang keadaan, Tuhanlah yang diutamakannya.
Orang yang bersandar kepada Tuhan dapat dilihat melalui sikapnya terhadap hidup. Dia sentiasa kelihatan tenang, dan sabar, serta suka memaafkan kesalahan orang lain. Tidak iri hati dan sentiasa suka menolong orang lain. Orang ini sentiasa bertekad untuk meneruskan perjuangan hidup walaupun telah melalui berbagai pengalaman yang sukar dan seperti tidak ada kekuatan lagi untuk bangkit dan meneruskan perjalanan. Ia sentiasa optimis dan positif terhadap perkara2 yang baik dan membawa kebaikan, yang bukan hanya untuk diri sendiri, tetapi kepada semua orang, khususnya orang2 dalam lingkungan hidupnya.
Nota: Sesungguhnya orang yang berharap kepada Tuhan sentiasa tabah dalam kesusahan, penuh hikmat kebijaksanaan, dan yakin terhadap mukjizat Tuhan yang belum kelihatan. Mereka pasti tidak akan dikecewakan! Tuhan memberkati semua.
Tuhanlah segala-galanya, tidak pernah mengecewakan walaupun kadang2 manusia melupakannya..mari saling mendoakan..
ReplyDeleteSemakin besar dan berat dugaan hidup kita, semakin besarlah keperluan kita untuk bersandar kpdNya...tetaplah percaya kpd Tuhan dalam segala keadaan.
ReplyDeleteKesulitan yang dihadapi adalah peluang terbaik untuk mengalami penyataan kuasa-Nya kepada yang percaya.
ReplyDeleteTerima kasih dgn tulisan ko ni ison. Apa yg sy pikir Tuhan tu selalu berserta kita walaupun kita selalu lupa. Byk hal yg Tuhan beri kpd kita tanpa kita sangka2. Apa pun pencapaian atau keadaan kita, kita harus tetap ingat dan setia kpd Tuhan, sbb DIA la ba yg bg kita semua ni. Semoga blog ko ni ison terus memberkati semua org. :)
ReplyDelete