Selamat datang kepada semua pengunjung Virtual Church Ministries. Tuhan Yesus memberkati.

Wednesday, March 11, 2009

NIMROD: THE GREAT HUNTER

Pagi ini sementara saya duduk dalam bilik konsultasi ACS dan membuka laptop untuk cek blog dan emel. Saya menerima satu SMS dari adik saya Maslinah. Berikut adalah kandungan SMS tersebut, "Shalom, abang jangan terkejut. Si Nimrod anak Pdt. Jimmy meninggal subuh ini kerana kemalangan jalan raya. Tolong berdoa bagi family Nimrod termasuk anak dan isterinya. Lina pun sangat terkejut dan sedih bila mendengar khabar ini. Martiah yang mesej dan beritahu Lina."

Saya tersentak dengan mesej itu. Masih agak tidak percaya dengan berita yang saya baru dengar. Saudara Nimrod merupakan seorang guru yang bertugas di PPD Kudat. Di dalam gereja beliau merupakan Timbalan Pengerusi Belia Pusat PCS.

Beliau merupakan junior saya di UKM, cuma berbeza bidang dan kampus. Ketika di universiti beliau sudah begitu giat dalam pelayanan di gereja SIB. Apabila beliau kembali ke Sabah, beliau tidak menunggu lama untuk maju dalam kerjaya dan pelayanan kerana beliau memang seorang yang komited dan begitu bersemangat dalam kerjaya dan pelayanan.

Beliau masih muda. Kali terakhir saya bertemu beliau ialah ketika retreat Belia PCS di Kionsom, Inanam pada bulan Disember tahun lalu. 'Pemergian' beliau ini sudah pasti satu kehilangan yang besar, bukan sahaja kepada isteri dan anak beliau yang masih kecil, bahkan kepada seluruh rakan2 di tempat kerja dan rakan2 sepelayanan seperti saya dan PCS sebagai gereja yang menaungi beliau.

Apa yang dapat saya perkatakan di sini. Kematian tidak pernah mengenal usia, jantina dan kedudukan seseorang. Ia boleh menjemput kita bila2 masa dalam hidup kita ini. Ada orang yang sudah sangat tua berkata, "kenapa mesti cucu saya yang meninggal dan bukan saya yang sudah amat tua dan tidak bersemangat untuk hidup lagi?" Tapi siapakah kita untuk mementukan takdir kita sendiri. Kehendak Tuhan juga yang terjadi.

Sebaik-baik perkara yang dapat kita lakukan kata 'Pengkhutbah' ialah menikmati hidup ini dan melakukan yang terbaik untuk Tuhan. Hidup di dunia hanya sekali. Itupun segera akan berlalu, tetapi apa yang kita lakukan untuk Tuhan, itu yang kekal abadi. "Sebab jika kita hidup, kita hidup untuk Tuhan, dan jika kita mati, kita mati untuk Tuhan. Jadi baik hidup atau mati, kita adalah milik Tuhan." (Roma 14: 8, Alkitab Terjemahan Baru INA)

Nota: Kepada isteri, anak, keluarga dan seluruh sahabat handai yang menyayangi peribadi ini, saya doakan penghiburan dan kesejahteraan dari Tuhan terus menyertai kita semua. Semoga kita terus kuat untuk meneruskan 'perjuangan' hidup, dan terus berlari ke arah tujuan hidup sesuai dengan panggilan Bapa melalui Yesus Kristus, Tuhan kita. Tuhan memberkati kita semua...

8 comments:

  1. sy sgt terkejut mendengar brita ini..sy secara tidak sengaja buka blog ini dan sy membaca 1 para...sy a bit shocked. Walaupun sy secara pribadi tidak kenal rapat dengan cikgu nimrod, tp sy banyak mendengar pelayanannya dari teman2 sy di kg...dan sy kenali dia melalui Friendster..dalam group PCS....memang berita mengejutkan...sy secara pribadi merasa sedih. Apapun kita tau, pulangnya beliau adalah ke pangkuan Bapa di Surga. Semoga keluarga beliau terus mendapat penghiburan dari Tuhan.

    -Renny-

    ReplyDelete
  2. Is this for real? Is this the same Nimrodjo, The blogger??

    Whats the whole story? What really happen?

    Please share with me. He is my number one commentator in my papajoneh.com blog. Thanks for informing me.. and I hope this is not true - not the same Nimrodjo.

    ReplyDelete
  3. Hi there.. its me again...
    Please please provide me the detail. Where's he staying and everything.

    I am from Penampang Sabah and if can, I wanna pay the last respect.. this is indeed a shocker. Email me at papajoneh@gmail.com.
    thanks.
    I'm waiting. http://www.papajoneh.com

    ReplyDelete
  4. Hello! JPP Papa, I don't know if we are referring to the same person here, but this person I'm talking about, his full name is Nimrod Jimmy from Kudat, working as a teacher at PPD Kudat, and a PCS church member. I can't offer you a more detail info other than what I've mentioned in my article. Thank you and God bless you.

    ReplyDelete
  5. My cousin Jovita Kastum told me about this. I am still in shock. saya macam tidak dapat menerima hakikat berita ini.... If only I am in Sabah, i would at least mau give my last respect to his family... God bless his soul. He will be among the good people in Heaven.

    ReplyDelete
  6. I've posted this url to papajoneh.com blog to tell them who know him about this news. I've been visited papajoneh blog several times and i knew Nimrod is one of his active commentator, and they should know him too. For you info JPP Papa, we are talking about the same person that we knew as Nimrod, Nimrodjo, Aryst, Nimrodjo.com is the same person. I know him very much, and if you want to ask anything about him you can contact me (0133192008)
    or you can join our forum http://www.gpcs.com.my/forum

    ReplyDelete
  7. Aso ot boros asanong i ogolku siti. Nga it kinopoigon dialo dino amuso nohkogulian sid toguwan om mato tokow. Minsan ko irad dino, kakali yalo dino sid ginawao tokow, lolobi sid koluarga dialo.

    Amai, kawaya okoi dit kinosusaan dikoo dino. Marap tokow noh dot it Sundu Tosusi, manarabang om mangatatang diko kikiawi.

    ReplyDelete
  8. i'm no less than being so shocked hearing this.

    he was a friend back in teachers' training college.

    humble n quite soft spoken is he.

    my deepest sympathy n condelence to the family of the Late Mr. Nimrod Ojilim.

    may his soul rest in peace.

    ReplyDelete

"Perkataan yang baik merupakan berkat bagi banyak orang." (Amsal 10: 21)