Menghadiri kebaktian di gereja adalah perkara yang amat mustahak dalam kehidupan kekristianan. Melalui kebaktian kita dapat dikuatkan dan menguatkan orang lain. Di dalam kebaktian juga kita 'selalu'nya merasakan kita lebih dekat dengan Tuhan (walau pun pada hakikatnya Tuhan ada di mana-mana sahaja). Di dalam kebaktian juga kita dapat melibatkan diri dalam pelayanan gereja; samada pelayanan mimbar atau hanya sekadar penyambut jemaat.
Walau bagaimana pun bagi golongan individu tertentu datang ke gereja untuk berbakti pada hari kebaktian kadang-kadang tidak dapat dilakukan kerana pelbagai sebab. Kebanyakannya kerana malas ke gereja, ada yang membuat alasan kesibukan kerja atau ada urusan lain, dan ada juga yang kerana uzur pada hari tersebut.
Atas kesedaran betapa pentingnya persekutuan di antara orang Kristian, Gereja Maya (Virtual Church) ini ditubuhkan dan dilancarkan dengan secara rasminya pada 15 Julai 2008 oleh Dr. Nellson Maisin. Pada peringkat ini ia hanyalah berupa laman blog yang diubahsuai untuk keperluan pengakses internet yang cenderung untuk menimba ilmu dan mengongsikan pendapat secara online. Untuk menjadi lebih mesra pengguna ia dikendalikan dalam dwibahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Penubuhan Gereja Maya ini bukanlah bermakna kita tidak perlu lagi pergi ke gereja (bangunan gereja) untuk berbakti. Ia hanyalah bertujuan semata-mata untuk menjangkau dan memberi makanan rohani kepada mereka yang gemar melayari internet. Semoga dengan wujudnya Gereja Maya ini, ia dapat menyumbang kepada pengkhabaran Injil Kristus dengan lebih meluas. Tuhan memberkati.

No comments:
Post a Comment
"Perkataan yang baik merupakan berkat bagi banyak orang." (Amsal 10: 21)