Selamat datang kepada semua pengunjung Virtual Church Ministries. Tuhan Yesus memberkati.

Monday, July 28, 2008

Bersukacita Dalam Penderitaan

1 Petrus 1: 6-7

Saudara/i sekalian, bertemu kembali dalam perkongsian di Gereja Maya ini. Kali ini saya ingin mengajak kita untuk merenungkan tentang hal pencubaan dan penderitaan orang-orang Kristian yang sejati.

Memang sukar apabila menghadapi pencubaan dan penderitaan dalam hidup. Orang yang mengalami penderitaan sudah pasti akan berdukacita, tetapi Alkitab mengajar kepada kita supaya tetap bersukacita walaupun mungkin kita harus berdukacita kerana pelbagai pencubaan dan penderitaan yang kita alami sebagai seorang Kristian. Mengapakah kita harus bersukacita semasa mengalami penderitaan?

1. Penderitaan membuktikan bahawa kita orang yang beriman.

Kewarganegaraan orang Kristian ialah dalam kerajaan syurga. Selama kita masih hidup di dunia yang penuh dengan dosa ini, maka selama itulah kita pasti akan mengalami penderitaan dalam hidup (apa pun bentuk penderitaannya). Hal itu demikian kerana alkitab memberitahu bahawa tidak ada persamaan di antara orang Kristian dengan dunia ini, melainkan jika kita mula hidup dengan cara dunia dan bertentangan dengan Tuhan. Jika seseorang mengaku sebagai orang Kristian tetapi tidak pernah mengalami apa2 penderitaan dalam hidup, maka orang itu sebenarnya bukan orang Kristian yang sejati, kerana orang Kristian yang sejati pasti pernah/akan mengalami penderitaan dalam hidup di dunia ini, walau sekecil mana sekalipun (fakta).

2. Penderitaan bertujuan untuk memurnikan iman seseorang.

Emas merupakan barang yang sangat berharga. Ia menjadi mengukur keberadaan seseorang. Namun emas yang belum ditulenkan tidak bermakna apa2. Sewaktu ia baru ditemui di dalam lombong emas, ia bercampur aduk dengan logam dan batu batan yang lain. Untuk mendapatkan emas tulen ia perlu 'dimurnikan' dengan api. Demikian juga untuk menjadikan seketul emas lebih berharga ia harus 'dipanaskan' terlebih dahulu barulah dapat 'dibentuk' sesuai dengan kehendak pembuatnya. Seperti emas, iman orang Kristian juga haru 'dimurni' dan 'dibentuk' oleh api dan panas penderitaan. Jika seseorang Kristian tidak mengalami penderitaan dalam hidupnya, maka orang itu belum lagi dimurnikan imannya, kerana alkitab memberitahu bahawa iman kita lebih berharga daripada emas, dan ia juga perlu dimurnikan melalui penderitaan2 yang kita alami dalam kehidupan ini.

3. Supaya kita beroleh pujian, kemuliaan dan penghormatan dari Tuhan.

Tujuan akhir kehidupan kita ialah untuk bertemu dengan Yesus dan hidup kekal bersama2 Dia dalam kerajaan Syurga. Apabila Yesus datang kembali Dia mencari adakah iman di dunia ini. Dia mencari mereka yang telah dimurnikan imannya. Dia mahu memberikan mereka/kita pujian, kemuliaan dan penghormatan kerana tabah dalam iman meskipun melalui pelbagai penderitaan selama hidup di dunia ini! Hal ini berbicara bahawa Yesus menilai kita melalui penderitaan yang kita alami dan Dia akan memberikan ganjaran setimpal dengan kemurnian iman kita.

Oleh itu saudara/i sekalian, marilah kita terus bertabah di dalam apa jua pencubaan dan penderitaan yang kita alami salama hidup di dunia ini kerana sesungguhnya ketabahan kita itu pasti akan membawa keberhasilan yang besar. Bersukacitalah sentiasa dan bersyukurlah dalam segala perkara. Tuhan memberkati kita semua.


No comments:

Post a Comment

"Perkataan yang baik merupakan berkat bagi banyak orang." (Amsal 10: 21)