Luk. 8: 40-48
Saudara/i, apabila kita memohon sesuatu kepada Tuhan, kita harus memiliki suatu kepercayaan. Apakah kepercayaan yang dimaksudkan itu. Mari kita renungkan peristiwa Yesus menyembuhkan wanita yang mengalami penyakit pendarahan selama 12 tahun. Peristiwa ini berlaku setelah Yesus kembali dari menyembuhkan seseorang yang dirasuk roh jahat di daerah Gerasa, di seberang tasik Galilea. Di dalam cerita ini, alkitab memberitahu kita bahawa wanita itu telah mengalami kesembuhan daripada penyakitnya hanya dengan menyentuh jubah Yesus, dan Yesus merasai ada kuasa yang keluar dariNya.
Wanita itu seorang manusia biasa. Malah kemungkinan besar dia merupakan seorang yang dianggap sangat berdosa oleh orang2 di sana pada waktu itu. Apa hak wanita itu untuk menarik kuasa Yesus, atau dengan kuasa apakah wanita itu gunakan untuk menarik keluar kuasa yang ada pada Yesus? Wanita itu seorang yang malang. Dia telah menghabiskan semua harta miliknya untuk mendapatkan rawatan doktor, tetapi hasilnya sia2. Kini dia hanya menyentuh jubah Yesus dan dia disembuhkan!
Saudara/i, wanita itu sembuh kerana dia percaya. Apa yang dia percaya? Adakah kerana dia percaya bahawa dengan menyentuh jubah Yesus sahaja dia akan disembuhkan, maka dia sembuh? Perhatikan ayat yang ke 48; Yesus berkata kepadanya, "AnakKu, kerana kamu percaya kepadaKu (bukan dikatakan kerana kamu percaya kepada sentuhan pada jubahku), kamu sembuh. Pergilah dengan sejahtera."
Pada hari ini ramai orang Kristian yang hanya berdoa dan berharap agar Tuhan akan mengabulkan doa permohonan mereka. Mereka hanya mahu percaya bahawa Yesus mendengar dan mengabulkan doa2 mereka, tetapi adakah mereka sungguh2 percaya Yesus? Masih dipersoalkan.
Cerita alkitab ini memberitahu bahawa permohonan doa kita itu adalah perkara kedua. Samada Tuhan akan kabulkan atau pun tidak, itu terserah kepada kehendakNya. Apa yang pasti, Tuhan mahu mencari hati2 yang sungguh2 percaya kepadaNya. Orang2 yang sudah menghabiskan seluruh 'milik' mereka untuk datang kepadaNya dan berdoa. Percaya bahawa Dialah penyelamat yang diutus Allah, dan bukan hanya percaya pada kemampuanNya untuk melakukan keajaiban.
Nota: Keselamatan yang kita miliki di dalam Yesus, itulah mukjizat terbesar yang terjadi dalam hidup kita.
sebenarnya saya tahu bahawa rencana Tuhan sangat indah bagi saya.. tetapi ada banyak masa di mana saya gagal menjadi indah di depan Tuhan.
ReplyDeletedan bagi ku itu adalah satu pergumulan yang berat.