"One thing I ask of the LORD, this is what I seek: that I may dwell in the house of the LORD all the days of my life, to gaze upon the beauty of the LORD and to seek him in his temple." (Psalm 27: 4)
Monday, July 20, 2009
GOD CARES
Banyak perkara
Yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Satu perkara
Yang ku simpan dalam hati
Tiada satu pun akan terjadi
Tanpa Allah peduli
Chorus:
Allah mengerti Allah peduli
Segala persoalan yang kita hadapi
Tak akan pernah dibiarkanNya
Ku bergumul sendiri
S'bab Allah mengerti
Thursday, July 16, 2009
VCM KINI SETAHUN
Sempena harijadi saya tahun lalu (15-07-2008) saya telah memulakan pelayanan maya dengan membuat blog ini. In fact, inilah blog pertama saya sebelum saya membuat beberapa lagi blog lain. Kelmarin (15-07-2009) VCM telah genap umur setahun.
Selama setahun ini VCM yang dianggotai oleh Mimie, Dr. Donny, dan saya sendiri telah melakukan yang terbaik untuk memuatkan artikel2 keKristianan yang bertujuan untuk membangun iman para pengunjung dan pembaca setia VCM. Selama setahun ini hanya 33 artikel (sebenar) yang telah dipostkan, tetapi saya percaya artikel2 berkenaan telah menyentuh ramai orang walaupun tidak ramai yang menurunkan komen.
Idea asal VCM bukanlah untuk mencabar iman sesiapa khususnya mereka yang tidak seiman dengan kami. Ia khusus ditujukan kepada pelayar2 maya yang rindu dan haus akan perkongsian tentang firman Tuhan di dalam Alkitab. Oleh sebab itu terdapat komen yang terpaksa saya tidak paparkan untuk mengelakkan berlakunya pertikaian atau perdebatan sensitif tentang keagamaan.
VCM akan diperbaharui dari masa ke semasa dan beberapa waktu mendatang ini VCM akan berubah wajah. Terima kasih kepada mereka yang sudah melayari blog ini dan bahkan menjadi follower. Harapan kami agar VCM akan terus maju jaya untuk kemuliaan nama Tuhan dan doa kami agar anda semua akan terus diberkati Tuhan melalui pelayanan maya ini.
Note: Jesus, lover of my soul.
Tuesday, July 14, 2009
IMAN YANG TEGUH
Shallom! Semua pengunjung dan pembaca VCM. Agak lama saya tidak memuatkan artikel di sini. Baru2 ini laptop saya juga bermasalah menyebabkan saya tidak dapat online selalu. Kerosakan yang agak berat kerana terpaksa tukar motherboard. Mungkin bagi orang lain beli baru lagi baik, mudah dan cepat. Tapi saya jenis yang agak konservatif dalam pemilikan barang2 peribadi. Saya suka memelihara nilai2 estetika. Maka saya pertahankan laptop saya selagi masih boleh dan masih kos efektif.
Berbalik kepada perkongsian kali ini. Baru2 ini saya membaca dan menyelidiki semula alkitab dalam kitab Kejadian. Memang firman Tuhan semuanya indah bagi saya, tetapi saya rindu untuk berkongsi tentang iman yang teguh. Abraham (nama asalnya Abram) dikatakan sebagai Bapa Iman. Walaupun saya sudah beberapa kali membaca petikan firman Tuhan mengenai iman Abraham, tetapi saat saya membacanya semula, saya menitiskan airmata.
Suatu ketika TUHAN menyuruh Abraham untuk membawa Ishak ke suatu tempat, sejauh 3 hari perjalanan untuk dijadikan korban bakaran. Ishak merupakan Anak Perjanjian yang TUHAN janjikan untuk memberikan Abraham keturunan yang sebanyak bintang di langit dan sebanyak pasir di pantai daripada isterinya yang sah, Sarah (nama asalnya Sarai).
Bayangkan TUHAN menyuruh Abraham mengorbankan anaknya sendiri. Jika Ishak mati, di manakah janji TUHAN untuk memberikannya keturunan yang banyak? Namun Abraham mempunyai iman yang teguh. Dia setia kepada perintah Tuhan sekalipun dia terpaksa mengorbankan anaknya sendiri, anak yang dijanjikan TUHAN kepadanya.
Sedang mereka berjalan menghampiri tempat yang dimaksudkan, Ishak bertanya kepada Abraham, bapanya, "Kita sudah membawa kayu dan bara api, tetapi di manakah domba yang akan dikorbankan?”
Sudah pasti hati Abraham hancur saat mendengar pertanyaan anaknya yang sebentar akan dikorbankannya. Mungkin dengan airmata, Abraham menjawab, ”TUHAN sendiri yang akan menyediakannya.”
Sudah pasti Abraham tidak sampai hati untuk membunuh anaknya sendiri. Anak yang amat dikasihinya. Dia percaya, dengan iman yang teguh bahawa TUHAN pasti akan melakukan mukjizat yang besar.
Sesudah mereka tiba di tempat persembahan korban, Abraham mendirikan mezbah, menyusun kayu bakar di atasnya, lalu mengikat Ishak dan meletakkannya di atas mezbah tersebut. Abraham kemudian mengambil pisau untuk membunuh anaknya.
Tetapi malaikat TUHAN datang dan TUHAN berseru kepada Abraham melalui malaikat itu, ”Janganlah kau apa2kan anak itu. Sekarang Aku tahu engkau taat dan setia kepadaKu, kerana tidak menolak untuk menyerahkan anakmu yang tunggal itu kepadaKu.”
Abraham menoleh dan melihat seekor domba jantan, yang tanduknya tersangkut dalam belukar. Abraham mengambil domba itu lalu mempersembahkan korban sebagai ganti anaknya, Ishak.
TUHAN berkata lagi kepada Abraham, ”Kerana engkau taat kepadaKu, Aku bersumpah demi namaKu sendiri bahawa Aku akan memberikan engkau keturunan yang banyak, sebanyak bintang di langit dan sebanyak pasir di pantai, serta keturunanmu akan menduduki kota2 musuh. Melalui keturunanmu seluruh bangsa di bumi akan diberkati, sebab engkau mentaati perintahKu.”
Kisah ini benar2 mengingatkan saya kembali untuk merenungkan segala kebaikan dan pertolongan Tuhan di dalam hidup saya secara peribadi. Saudara/i, Marilah kita miliki iman yang teguh seperti Bapa Abraham. Semoga Tuhan memberkati kita semua.