Memancing perlukan kesabaran, sekaligus kesegaran MATA, kemahiran melihat kawasan mana penuh ikan, mana yang tidak. Aktiviti ini juga berkait rapat dengan aktiviti menjala ikan iaitu kaedah ( method) lain yang digunakan untuk menangkap ikan. Dalam Alkitab aktiviti menjala ikan ini beberapa kali dikaitkan dengan aktiviti menjala jiwa-jiwa untuk Kristus, di mana kita melihat pengikut-pengikut Yesus yang terawal sudah dilatih di dalam aktiviti menangkap ikan dan mereka belajar bagaimana menggunakan kemahiran tersebut untuk menjala jiwa-jiwa untuk Tuhan. Dalam kedua-dua ‘method’ diatas, kita dapati bahawa cara kita mengendalikan mata kita amat penting untuk memastikan hasil yang terbaik, ( Jiwa diselamatkan) . Mari kita belajar daripada 4 kualiti “MATA” yang tidak seharusnya dimiliki seorang pemancing yang mahir dan bagaimana kita mengaitkannya dengan sikap hidup kita semasa kita beribadah kepada Tuhan sementara kita masih berada di dunia ini:
1.Mata yang sibuk memperhatikan hal-hal yang lain.
Yoh. 4 ditulis tentang Yesus dan perempuan Samaria di tepi sumur, 'sebab murid-murid telah pergi ke kota membeli makanan' Yoh 4:8. Tidak salah mencari makanan, tapi di ayat ini murid Yesus lebih sibuk dengan urusan perut daripada mengurus perempuan Samaria yang butuhkan khabar baik. Kadang2 kita juga demikian; terlalu fokus dengan bermacam-macam hal, tapi lupa pada injil, kerana:
1.1 Tanggungjawab untuk ‘hal-hal yang penting’
Semua penting, semua mendesak, akhirnya penginjilan ada di 'checklist' terakhir.
1.2 Hubungan di dalam gereja
Sibuk pelayanan, kegiatan gereja sehingga tiada teman di luar gereja. Padahal Yesus berkata kita perlu keluar jadi saksi.
1.3 Mencuba melakukan hal-hal yang baik tetapi tidak seimbang
Ada lagi yang fokus pada orang-orang yang butuh dilayani dan bertumbuh di gereja, tetapi lupa bahwa di luar sana banyak jiwa yang belum diselamatkan.
2. Mata yang melihat hal-hal sementara.
Jangan tertipu oleh 'trend' atau melakukan hal-hal yang membuat kita kelihatan ‘current’ atau ‘updated’, padahal belum tentu hal itu memenangkan jiwa.
3. Mata yang penuh kritik.
Yoh 4: 27, ”pada waktu itu datanglah murid-muridNya dan mereka heran bahwa Ia sedang bercakap-cakap dengan seorang perempuan. Tetapi tidak seorangpun yang berkata: ”Apa yang Engkau kehendaki? Atau: apa yang Engkau percakapkan dengan dia?” Berani betul murid-murid Yesus mengkritik guru mereka yang sedang bicara dengan perempuan yang punya 5 suami. Kalau tidak hati-hati kita bisa terlibat di posisi yang sama, menganggap kita lebih baik dari orang lain. Bukan mendekati mereka untuk melayani malah menjauhi. Padahal tanpa darah Yesus kita sama saja dengan mereka.
4. Mata yang menjadi kabur.
Berikut ini hal-hal yang boleh menjadikan mata kita kabur;
4.1 "Aduh penat betul..." ( penat / malas mentaliti)
4.1 "Kan saya bilang begitu, saya tahu dah..." (tidak peduli)
4.2 "Alah, begitu kecil pun mau bising-bising..." ( menganggap remeh semua urusan)
4.3 Visi yang terlalu kecil.
Secara jujur saya pernah memiliki semua jenis kualiti mata di atas semasa saya masih di kampus perubatan dan datang ke geraja hanya pada hari Ahad. Salah satunya adalah saya menjadi ‘ahli klub’ pengkritik pengkhutbah-pengkhutbah di gereja ketika itu sehingga seorang graduan senior telah mempengaruhi saya mengikuti 'klub aktiviti baru' yang boleh saya terima, iaitu mengikuti selera semasa saya. Dengan kasih anugerahNya saya terlibat dalam pelayanan Pemuda Pemudi untuk beberapa tahun sehingga saya kembali ke Sabah. Pada waktu itulah juga saya menyedari bahawa sememangnya seorang pemimpin itu tidak terlepas daripada pandangan orang-orang yang memiliki 4 kualiti MATA di atas. Jadi penting untuk kita mendoakan pastor gereja kita masing-masing agar tidak tewas oleh sebarang cubaan.
Betapa perlunya kita berjalan di dalam terang dan pimpinan Tuhan kita serta mengandalkan setiap perkara dalam rencana dan kehendakNya. Semua orang adalah pemimpin kepada seseorang. Jadi kita semua memerlukan hikmat daripada Tuhan setiap hari. Dalam Amsal 1:7 mengingatkan kita bahawa Takut akan Tuhan adalah permulaan hikmat. Dan kita boleh meminta hikmat daripada Tuhan melalui doa kita agar kita memperolehi pengetahuan dan pengertian daripadaNya, dan kehendakNya yang terjadi dalam hidup kita.
Tuhan memberkati!
Shalom,
ReplyDelete"Semua penting, semua mendesak, akhirnya penginjilan ada di 'checklist' terakhir"
Apa takrifan Dr Donny pasal penginjilan? Maksud saya susah juga kan kalau semua orang jadi penginjil. tapi, saya yakin Dr Donny mempunyai maksud yang lain disini.
Tuhan Memberkati.
Shalom Gunung Kinabalu! Saya memberi takrif " penginjilan " di sini sebagai apa-apa aktiviti yang boleh memenangkan jiwa bagi Kristus. Bila kita berbicara tentang penginjilan, kebanyakan orang akan salah faham bahawa hanya penginjil sahaja boleh menginjil atau seperti yang saudara katakan susah kalau semua jadi penginjil. "List terakhir" membawa maksud suatu "aktiviti" dan bukannya satu "pekerjaan". Mesej penting yang kita ingin semua orang percaya faham adalah semua orang percaya boleh terlibat dengan penginjilan. Beberapa hamba Tuhan berkata'Jadikan aktiviti penginjilan satu gaya hidup anda' dan jadilah saksi Kristus di mana pun kita berada/bekerja/belajar. Terima kasih atas comment saudara. Tuhan memberkati!
ReplyDelete