Selamat datang kepada semua pengunjung Virtual Church Ministries. Tuhan Yesus memberkati.

Thursday, November 3, 2011

TUHAN PENGHARAPANKU

Pada tanggal 7 Disember 1998, di bahagian utara Armenia, suatu gempa bumi dengan kekuatan 6.9 skala richter telah menghancurkan sebuah bangunan sekolah bersama beberapa bangunan lain. Di tengah-tengah keriuhan dan suasana panik, seorang ayah berlari menuju ke kawasan tersebut kerana di situlah anaknya bersekolah. Sambil berlari, dia mengenangkan kata-kata yang sering dia ucapkan kepada anaknya itu, “Hai anakku, apapun yang terjadi, ayah akan selalu bersamamu!”

Sesampainya di tempat kejadian, yang ada hanyalah sebuah timbunan batu, kayu dan simen, sisa-sisa bangunan yang sudah hancur. Pada mulanya dia hanya berdiri di situ sambil menahan tangis. Namun tidak lama kemudian, tiba-tiba dia berjalan menghampiri tapak runtuhan bangunan sekolah dan berhenti di bahagian yang dia yakini dulunya merupakan ruang kelas anaknya. Dengan tangan kosong dia mula menggali dan mengangkat batu-batu yang berlonggok. 

Ada seseorang yang sempat menegurnya, “Pak, itu tak ada gunanya lagi. Mereka semua pasti sudah mati.” Tetapi sang ayah menjawab, “Kamu boleh hanya berdiri saja di sana, atau membantu saya mengangkat batu-batu ini!” Maka orang itu diikuti beberapa orang lagi mula menolong. Setelah beberapa jam mereka sudah keletihan dan mula berputus asa. Namun, si ayah tidak dapat berhenti memikirkan anaknya, lalu terus menggali.

Dua jam telah berlalu, kemudian lima jam, sepuluh jam, tigabelas jam, lapanbelas jam... Tiba-tiba si ayah mendengar suatu suara dari bawah papan yang roboh. Dia mengangkat sebahagian dari papan itu, dan berteriak, “Armando!” Dari kegelapan di bawah sana, terdengarlah suara kecil sang anak menyahut, “Papa!”. Kemudian disusuli oleh suara kanak-kanak lain yang ikut berteriak! Semua orang yang berada di sekitar reruntuhan itu, kebanyakannya ibu bapa kepada kanak-kanak itu, terkejut dan bersyukur ketika melihat dan mendengar teriakan mereka. Mereka menemui 14 kanak-kanak yang masih hidup!

Setelah Armando selamat dikeluarkan, dia turut membantu menggali dan mengangkat batu-batu sampailah semua temannya diselamatkan. Semua orang mendengar ketika dia berkata kepada teman-temannya itu, “Lihat, bukankah aku sudah katakan, bapaku pasti akan datang menyelamatkan kita!”

Saudara, mari kita renungkan perjalanan hidup kita. Di saat kita berada di dalam kegelapan, ditimpa oleh bermacam beban masalah, jatuh dalam kelemahan dan dosa. Adakah kita terus berkeluh kesah, putus harapan, lantas mengibarkan bendera putih tanda menyerah? Atau kita memilih untuk bersikap seperti Armando yang terus menggenggam HARAPAN bahawa ada Seseorang yang sedang mencari dan siap menyelamatkan kita? Seseorang yang tidak akan pernah membiarkan kita. Yesuslah peribadi itu. Dia tidak akan pernah berhenti untuk mencari dan menyelamat sampailah kita sudah berada di dalam pelukanNya.

“…seperti Aku menyertai Musa, demikianlah Aku akan menyertai Engkau; Aku tidak akan membiarkan engkau dan tidak akan meninggalkan engkau.” (Yosua 1:5b)

Sumber: Dipetik dan diubahsuai dari http://renungan-harian-kita.blogspot.com

Saturday, May 7, 2011

NASIHAT IBU


Anakku, dengarkanlah didikan ayahmu 
dan janganlah mengabaikan nasihat ibumu.
-Amsal 1: 8 Firman Allah Yang Hidup.


Daripada Pelayanan Gereja Maya. Tuhan memberkati semua.

Friday, April 29, 2011

WHAT GOD CAN DO WITH 57 CENTS.

This is not my writing. A friend of mine emailed this story to me sometimes ago. A powerful testimony of faith by 'a little girl'. I would love to share it with all VCM's readers. So, happy reading and God bless everyone.

***

A little girl stood near a small church from which she had been turned away because it was "too crowded."

"I can't go to Sunday School," she sobbed to the pastor as he walked by.

Seeing her shabby, unkempt appearance, the pastor guessed the reason and, taking her by the hand, took her inside and found a place for her in the Sunday school class. The child was so happy that they found room for her, and she went to bed that night thinking of the children who have no place to worship Jesus.

Some two years later, this child lay dead in one of the poor tenement buildings. Her parents called for the kindhearted pastor who had befriended their daughter to handle the final arrangements.

As her poor little body was being moved, a worn and crumpled red purse was found which seemed to have been rummaged from some trash dump. Inside was found 57 cents and a note, scribbled in childish handwriting, which read: "This is to help build the little church bigger so more children can go to Sunday School." For two years she had saved for this offering of love. 

When the pastor tearfully read that note, he knew instantly what he would do. Carrying this note and the cracked, red pocketbook to the pulpit, he told the story of her unselfish love and devotion. He challenged his deacons to get busy and raise enough money for the larger building. But the story does not end there...

A newspaper learned of the story and published It. It was read by a wealthy realtor who offered them a parcel of land worth many thousands. When told that the church could not pay so much, he offered to sell it to the little church for 57 cents. Church members made large donations. Checks came from far and wide. Within five years the little girl's gift had increased to $250, 000.00--a huge sum for that time (near the turn of the century). Her unselfish love had paid large dividends.

When you are in the city of Philadelphia , look up Temple Baptist Church , with a seating capacity of 3,300. And be sure to visit TempleUniversity, where thousands of students are educated.

Have a look, too, at the Good Samaritan Hospital and at a Sunday School building which houses hundreds of beautiful children, built so that no child in the area will ever need to be left outside during Sunday school time.

In one of the rooms of this building may be seen the picture of the sweet face of the little girl whose 57 cents, so sacrificially saved, made such remarkable history. Alongside of it is a portrait of her kind pastor, Dr. Russell H. Conwell, author of the book, "Acres of Diamonds".

This is a true story, which goes to show WHAT GOD CAN DO WITH 57 CENTS.

Monday, March 7, 2011

DOA SATU KEPERLUAN BUKAN PILIHAN

2 Tawarikh 7: 14
Berdoa dan berpuasa adalah pelayanan yang saya sentiasa rindukan. Setiap tahun, selain daripada gerakan doa dan puasa peribadi, saya juga selalu menyertai pelayanan doa dan puasa anjuran SIB Sabah dan NECF. Tahun ini adalah tahun ke-5 SIB Sabah menganjurkan pelayanan doa dan puasa yang sudahpun bermula pada 2 Mac yang lalu dan akan berakhir pada 2 April nanti. Tema pada tahun ini ialah 'Komitmen, Kasih, Kesatuan Dalam Kristus'.

Saudara/i, selain daripada memuji, menyembah dan merenungkan firman Tuhan, doa juga salah satu ciri penting orang Kristian yang sejati. Bahkan tidak mungkin seorang Kristian melakukan semua bentuk ibadah Kristiani yang lain dan tidak melakukan doa. Seorang Kristian yang sejati pasti mengerti bahawa hidup tanpa doa hakikatnya mati secara rohani, kerana doa pada dasarnya adalah pernafasan rohani yang menghubungkan Roh kita dengan Roh Allah.

Malangnya ramai orang Kristian tidak suka berdoa. Malah ada sesetengah orang Kristian sendiri yang memperlekehkan perkara doa; menganggap doa itu tidak penting dan tidak dapat mengubah apa2 keadaan. Ada juga yang beranggapan bahawa gereja sudah terlalu banyak berdoa dan sudah sampai waktunya untuk 'bekerja'. Mereka lebih mementingkan perancangan dan tindakan menurut hikmat dan kebijaksanaan manusia. Mereka lupa bahawa doa itu sendiri adalah satu tindakan iman kerana perjuangan kita sebenarnya 'bukanlah melawan darah dan daging, tetapi penguasa2 dan roh2 jahat di udara' (Ef. 6: 12).

Jika kita amati dengan teliti, apa pun denominasinya, sukar kita temukan gereja dengan sekurang2nya 10% daripada jumlah jemaatnya setia menghadiri persekutuan doa gereja (Kita kecualikan mereka yang kurang upaya). Inikah yang dikatakan sudah terlalu banyak berdoa? Selalunya mereka yang mempersoalkan tentang doa itu sendiri sebenarnya yang belum berdoa dengan sungguh2. Antara alasan yang sering kita dengar ialah sibuk dan tidak ada masa terluang. Tidak kurang juga yang memberi alasan tidak ada panggilan untuk pelayanan doa atau tidak berkeyakinan berdoa dengan suara kedengaran kerana tidak pandai menyusun kata2 dengan baik.

Doa bukan satu pilihan saudara/i. Ia adalah satu keperluan dan kewajipan. Kita tidak perlu menanti panggilan Tuhan untuk menjadi pendoa. Jika saudara/i rindu Tuhan bekerja di dalam dan melalui dirimu, mulakanlah pencarian 'wajah Tuhan' di dalam doa peribadimu. Jika saudara/i rindu Tuhan bekerja dalam keluarga dan gerejamu, maka pimpinlah keluargamu berdoa bersama2 dan sertailah persekutuan doa gereja.

Tuhan bukan mahu mendengar tutur katamu yang tersusun dan suaramu yang merdu. 
Dia mendengar doamu yang diungkapkan dari lubuk hati yang terdalam.
"Prayer, the Mightiest Power in the World." -Frank Laubach

Wednesday, February 16, 2011

CINTA ADAM DAN HAWA

Kejadian 2: 18-25, Kejadian 3: 1-20

Tanggal 14 Februari setiap tahun, seluruh dunia menyambut Hari Valentine yang juga dikenali sebagai hari kekasih atau hari kasih sayang. Walaupun sejarah Valentine's Day dikaitkan dengan kisah seorang paderi bernama Valentine ketika zaman pemerintahan maharaja Claudius II dalam empayar Romawi, tetapi sambutan Hari Valentine bukanlah salah satu acara keagamaan Kristian seperti perayaan Krismas dan Paskah. Asal-usul sambutan Hari Valentine, menurut Wikipedia, boleh dibaca di sini .

Kisah cinta paling popular yang biasa kita dengar ialah kisah cinta Romeo dan Juliet. Ramai orang beranggapan bahawa itulah gambaran cinta yang sejati kerana pasangan kekasih itu sanggup mati bersama2. Tetapi babak membunuh diri dan kematian yang sia2 dalam bahagian akhir cerita itu sebenarnya bertentangan dengan ajaran agama, dan tentu sekali cinta sedemikian tidak patut diteladani.

Sebagai penganut Kristian, cinta yang sejati adalah cinta yang alkitabiah. Ada kisah cinta di dalam alkitab yang boleh mengajar kita tentang kriteria yang harus ada di dalam cinta yang sejati. Mari kita pelajarinya dalam kisah Cinta Adam dan Hawa (tidak ada kena-mengena dengan lagu Cinta Adam dan Hawa nyanyian Misha Omar).

1. Cinta yang sejati harus sepadan. Setelah TUHAN mencipta lelaki yang pertama (bernama Adam), TUHAN mengerti jika Adam memerlukan pasangan; seorang penolong yang sepadan (Kej. 2: 18).  Tetapi TUHAN tidak terus menciptakan pasangan yang Adam perlukan. Sebaliknya  TUHAN menciptakan dahulu segala jenis binatang untuk diberi nama oleh Adam. Ketika itu Adam cuba juga mencari kalau2 ada penolong yang sepadan yang boleh ditemuinya di antara binatang itu, tetapi ternyata tidak ada.

Ketika Adam sedang nyenyak tidur, TUHAN mengambil salah satu dari tulang rusuknya dan menjadikan seorang perempuan. Lalu TUHAN menyerahkan perempuan itu kepada Adam dan Adam berkata,  "Inilah dia, tulang dari tulangku dan daging dari dagingku." Perempuan itulah yang dimaksudkan oleh TUHAN sebagai penolong yang sepadan kepada Adam.

Sepadan yang kita maksudkan dalam konteks keKristianan ialah yang seiman. Hawa dari 'unsur' yang sama dengan Adam. Demikianlah apabila kita mencari pasangan hidup; harus mencari yang memiliki unsur yang sama dengan kita, iaitu seiman. 2 Korintus 6: 14 memberitahu kita agar jangan menjadi pasangan yang tidak seimbang (sepadan) dengan orang yang tidak percaya (seiman), kerana tidak ada persamaan di antara kebenaran dan kedurhakaan; terang dan gelap tidak boleh dipersatukan.

2. Setelah Adam dan Hawa dicipta, mereka dalam keadaan berbogel, tetapi mereka tidak berasa malu (Kej. 2: 25). Kenyataan ini bukanlah menyuruh kita untuk sentiasa berbogel dengan pasangan masing2 pergi ke mana sahaja, hehe... Tetapi ada satu konsep yang boleh dipelajari di sini, iaitu tentang 'keterbukaan'. Dalam hubungan cinta yang sejati harus ada sikap saling terbuka.

Pasangan harus saling terbuka untuk mengongsikan segala rahsia peribadi yang boleh menjejaskan perhubungan cinta jika terus dirahsiakan. Harus terbuka untuk saling berkongsi masalah, pendapat, dan harapan terhadap satu sama lain.  Harus terbuka untuk menerima segala kelemahan dan kekurangan pasangan agar dapat saling menolong, menguat dan meneguhkan. Harus terbuka untuk saling menerima teguran agar segala perkara dapat ditangani bersama dengan pertolongan TUHAN. Harus saling terbuka agar tidak ada ruang bagi Iblis untuk merosakkan perhubungan cinta.

3. Cinta yang sejati harus ada pengorbanan. Kita boleh membayangkan situasi Adam ketika Hawa sudah memakan buah pohon larangan. Adam sebenarnya ada pilihan sama ada turut memakan buah itu atau tidak, dan alkitab sudah memberitahu kita pilihan yang Adam telah buat (Kej. 3: 6). Tidakkah kita pernah tertanya2 kenapa Adam tidak memilih untuk tidak memakan buah pohon larangan itu? Bukankah lebih berbaloi begitu? Adam tidak perlu 'mati' seperti Hawa. Masih ada banyak tulang rusuk Adam yang boleh TUHAN ambil untuk dijadikan perempuan lain pengganti Hawa.

Dalam hal ini, bukankah Adam sebenarnya telah berkorban untuk Hawa? Adam sangat mencintai isterinya sehingga dia sanggup 'mati' untuknya. Mati di sini bukan mati seperti Romeo dan Juliet yang saling membunuh diri dan cinta mereka berakhir tanpa harapan. Mati di sini bermaksud Adam sanggup menerima hukuman TUHAN atas dosa yang terlebih dahulu dilakukan oleh Hawa. Bukankah itu yang dilakukan oleh Tuhan Yesus terhadap kita semua? Kasih Tuhan begitu besar terhadap kita sehingga Dia sanggup mati atas dosa2 kita.

Dengan melakukan tindakan sedemikian, tentu sekali Adam masih menaruh harapan terhadap belas kasihan TUHAN untuk mengampuni mereka, kerana dia sendiri mengetahui bahawa manusialah kesempurnaan ciptaan TUHAN. Ternyata pengorbanan Adam berbaloi kerana walaupun akhirnya mereka terpaksa juga diusir dari Taman Eden dan harus menderita di dunia, tetapi masih ada janji keselamatan yang TUHAN berikan.

Pasangan harus saling berkorban demi cinta yang sejati. Berkorban bukan supaya lebih dicintai dan disayangi oleh pasangan, tetapi berkorban kerana mencintai. Berkorban bukan bermaksud menyerah diri sebelum waktunya dengan hasrat 'menjamin' perhubungan cinta. Tetapi berkorban untuk saling memelihara diri demi kesucian cinta. Janji perkahwinan yang menyatakan kesanggupan untuk 'hidup bersama2 dalam keadaan susah dan senang sehingga maut yang memisahkan' sebenarnya pernyataan untuk sanggup saling berkorban demi cinta yang sejati.

"Love and you shall be loved."

Saturday, February 5, 2011

KASIH ITU SABAR

Untuk dua bulan pertama tahun ini (2011), gereja di mana saya berbakti dan melayani telah menetapkan tema bulanan gereja iaitu 'Kasih Yang Sejati'. Saya berkesempatan untuk menyampaikan perkongsian tentang tema ini pada kebaktian Ahad beberapa minggu yang lalu (23.01.11). Saya berbicara tentang subtema 'Kasih Itu Sabar'.

1 Korintus 13: 4-8 memberitahu kita tentang sifat2 kasih menurut alkitab. "Kasih itu sabar..." merupakan ayat pertama dalam senarai tersebut. Kenyataan ini menarik minat saya untuk menyelidikinya dengan lebih mendalam kerana penulisan alkitab selalunya memberitahu kita bahawa perkara pertama yang disebut dalam sesuatu senarai menunjukkan keutamaan kepentingannya.

Petikan asal dalam bahasa Yunani bagi ayat ini ialah 'hE agapE makrothumei'. Perkataan 'makrothumei' (disebut mak-roth-oo-meh'-o) ini sebenarnya membawa maksud tidak patah semangat atau putus asa serta tabah menghadapi kesusahan dan malang yang menimpa. Sabar menanggung penderitaan yang disebabkan oleh orang lain; tidak pemarah dan tidak suka membalas kejahatan dengan kejahatan. Sabar menanggung penderitaan yang panjang.

Menarik untuk diperkatakan di sini, 'makrothumei' dikatakan adalah gabungan daripada dua perkataan iaitu 'makro' dan 'thumos'. 'Makro' bermaksud panjang atau jauh manakala 'thumos' pula bermaksud kemarahan, kepanasan, dan dikaitkan dengan penderitaan. Itulah sebabnya di dalam terjemahan King James Version  perkataan 'makrothumei' ini diterjemahkan kepada suffers long ataupun longsuffering; Love suffers long.

Saya cuba menyelidiki di dalam alkitab kenapa 'kasih itu harus sabar'? Banyak sebab yang boleh kita temukan, tetapi saya mahu mengongsikan tiga perkara penting untuk kita fahami dan hayati bersama dalam hidup keKristianan kita.

1. Sebagai orang2 yang percaya Tuhan dan dikatakan memiliki kasih, kita harus memiliki kesabaran  kerana kasih yang sesungguhnya adalah Allah sendiri (1 Yohanes 4: 8). TUHAN itu panjang sabar (Mazmur 145: 8) dan sebagai anak2 Tuhan kita juga seharusnya memiliki kesabaran (yang panjang). Ini mengingatkan saya tentang lagu sekolah minggu yang berkata, "...panjang sabar itu anak Tuhan."

2. Bagi saya, seseorang yang dewasa imannya harus bijaksana dan hidupnya dipimpin oleh Roh Allah. Kebijaksanaan ditandai oleh kesabaran (Amsal 14: 17) dan orang yang sabarlah yang mendatangkan perdamaian (Amsal 15: 18). Alkitab sendiri memberitahu kita bahawa orang yang hidupnya dipimpin oleh Roh Allah memiliki kesabaran (Galatia 5: 22). Itulah sebabnya rasul Paulus menggesa kita untuk sentiasa sabar (Efesus 4: 2) kerana sabar itu tanda orang beriman.

3. Kesabaran (yang panjang) amat diperlukan untuk mendapatkan berkat Tuhan. Bukan hanya berkat kedatangan Tuhan kali kedua yang perlu kita nantikan dengan sabar, tetapi juga segala berkat di dunia yang kita perlukan sementara masih hidup di dunia yang fana ini. Kita boleh belajar erti kesabaran daripada petani yang sabar menantikan hasil tanaman mereka. Kita perlu mencontohi kesabaran Ayub menghadapi penderitaan sehingga akhirnya dia diberkati Tuhan (Yakobus 5: 7-11), dan seperti Abraham yang bersabar sehingga dia menerima janji Allah (Ibrani 6: 15).

Jika saat ini anda sedang diuji kesabaran,
itu maknanya Tuhan sedang mengajar anda erti kasih yang sejati. -Nell Ison

Monday, January 10, 2011

'BELAYAR' BERSAMA TUHAN

Pada suatu hari Yesus dengan pengikut2Nya menaiki sebuah perahu. Dia berkata kepada mereka, "Marilah kita menyeberang tasik (Galilea)." Mereka pun bertolak. Sedang mereka belayar, Yesus tertidur. Tiba2 angin kencang melanda tasik itu. Air mula masuk ke dalam perahu sehingga membahayakan mereka semua. Pengikut2 Yesus pergi kepada Yesus lalu membangunkan Dia. Mereka berkata, Guru, Guru, kita hampir tenggelam!"

Yesus bangun lalu menengking angin dan ombak yang bergelora. Angin dan ombak pun teduh dan tasik menjadi tenang sekali. Lalu Yesus berkata kepada pengikut2Nya, "Mengapa kamu tidak percaya kepadaKu?"

Tetapi mereka hairan dan takut serta bercakap sesama sendiri, "Siapakah orang ini, sehingga angin dan ombak taat kepada perintahNya?" (Lukas 8: 22-25)

Saudara/i pembaca yang dikasihi, hari ini kita sudah 10 hari 'belayar' meninggalkan tahun 2010. Kita berada dalam 'tasik' tahun 2011, dan sebagai seorang yang memiliki impian dan harapan dalam hidup, saya percaya kita telah menetapkan destinasi (seberang tasik) yang ingin kita tuju dalam pelayaran masing2.

Situasi seperti yang dialami oleh pengikut2 Yesus dalam petikan alkitab di atas boleh saja terjadi kepada sesiapapun di antara kita pada bila2 masa dalam pelayaran ini. Sudah tentu kita akan dilanda kebimbangan dan ketakutan. Kita berkata, "kita hampir tenggelam!" Bagi pengikut2 Yesus ketika itu, mujurlah kerana Yesus ada bersama2 mereka. Tengkingan Yesus ternyata telah berjaya meredakan angin dan ombak itu. 

Bagaimana dengan kita saudara/i? Hari ini peribadi Yesus sebagai manusia mungkin tidak lagi kelihatan seperti ketika Dia bersama2 para pengikutNya dahulu, tetapi Roh Kudus sentiasa bersama2 kita. Saat angin dan ombak melanda, marilah kita berseru kepadaNya kerana Tuhan selalu ingin menolong kita.

Tetapi kita selalu meragui Tuhan. Kita selalu cuba untuk menyelesaikan setiap masalah yang kita hadapi dengan kekuatan sendiri. Kita berfikir 'angin dan ombak' ini terlalu berbahaya untuk kita meneruskan pelayaran. Berpatah balik pun tidak dapat. Akhirnya kita terlalu letih dan hampir tenggelam.  Tetapi kita mengetahui bahawa Yesus adalah imanuel, dan Dia bertanya kepada kita, "Mengapa kamu tidak percaya kepadaKu?"

"Be still, and know that I am God!" (Psalm 46: 10)