
Shallom! Kepada semua pengunjung dan pembaca blog ini. Semoga teman2 semua dalam keadaan yang sihat sejahtera dan berbahagia sentiasa serta diberkati Tuhan melalui perkongsian2 di sini.
Teman2 sekalian, seperti yang saya pernah kongsikan sebelum ini, kini saya sudah 3 minggu mengusahakan klinik sendiri (Acacia Clinic & Surgery) di pekan Kota Belud. Banyak pengalaman dan suka duka sebelum ia mula beroperasi sepenuhnya, tetapi saya tetap bersyukur kepada Tuhan kerana memberikan kekuatan dan hikmat untuk menghadapi semua keadaan itu.
Semenjak dua menjak ini juga saya agak aktif dengan beberapa lagi laman blog yang saya sertai dan ikuti (find them at my profile). Banyak cerita, daripada keadaan politik semasa di Malaysia sampailah kepada cerita2 lawak jenaka yang mencuit hati. Saya agak terleka juga kadang2, sehingga saya seringkali mengingatkan diri saya untuk kembali fokus. Thanks to my dear sister who indirectly reminded me through one of her posting in one of our blog.
Setelah banyak kesibukan yang saya lalui, saya sedar saya perlu retreat. Saya perlu bertenang kembali dan mengambil waktu untuk menyusun langkah seterusnya. Saya perlu menyiapkan beberapa perkara yang tertangguh kerana urusan klinik dan 'kesibukan' harian. Membaca dan menulis merupakan beberapa perkara yang saya sukai. Saya perlu menyiapkan beberapa karangan yang telah saya mulakan beberapa waktu yang lalu. Saya berharap ianya dapat disiapkan dalam tempoh yang terdekat.
Mungkin teman2 juga sedang mengalami keadaan yang saya alami. Mungkin lebih sukar lagi. Mungkin juga tidak. Namun, apa yang saya rindu untuk kongsikan kepada kita semua ialah, ada waktu2nya dalam hidup kita di mana kita akan berasa keletihan kerana kita terlibat dengan banyak komitmen. Lebih2 lagi jika ada di antaranya yang kita tidak berapa gemari.
Kita semua ada waktu2nya perlu retreat. Seorang panglima perang jika dia melihat peperangan itu tidak memihak kepada pasukannya, dia akan mula memanggil mereka untuk retreat. Retreat bukan bererti kalah. Ia sebenarnya tindakan bijak untuk memberi kesempatan mencari dan mengumpul kekuatan baru, dan berlatih lagi supaya dalam peperangan seterusnya kemenangan boleh dicapai.
Oleh itu teman2, marilah kita perhatikan keadaan hidup kita sentiasa. Jika keadaan tidak begitu memihak kepada kita atau kepada keadaan yang kita kehendaki, marilah kita melakukan retreat. Semoga pada langkah seterusnya, hasilnya akan lebih positif. Tuhan memberkati kita semua.
Note: Retreat is to recruit and retrain before returning back into the field. Don't we love it? -ison