Burung Rajawali disebut sebanyak 33 kali di dalam alkitab. Mungkin secara kebetulan tetapi umum kita mengetahui bahawa Yesus telah memulakan pelayananNya secara terbuka pada usia 30 tahun sehingga Dia mati di kayu salib pada usia kira-kira 33 tahun. Terdapat sebanyak 60 spesies burung rajawali. 2 daripadanya boleh didapati di Timur Tengah iaitu 'The Golden Eagle' dan 'The Imperial Eagle'. Kerana keunikan burung Rajawali, Alkitab sering mengaitkan kehidupan iman seseorang dengan burung ini. Mari kita selidiki beberapa ciri burung Rajawali untuk diaplikasikan dalam kehidupan keKristianan kita.
1. Hidup Dalam Terang
Burung Rajawali: Merupakan burung pemangsa yang terbang dan mencari makan pada waktu siang. Dia tidak berbuat apa-apa pada waktu malam.
Orang Kristian: Merupakan orang yang tergolong pada siang yang terang. (1 Tes. 5: 4-5)
2. Terbang Tinggi
Burung Rarawali: Terbang paling tinggi berbanding burung-burung yang lain. Bahkan dapat terbang berjam-jam lamanya. Ia disebabkan oleh satu fenomena yang disebut sebagai 'thermal current' atau 'air current' yang memberikan kesegaran dan kekuatan pada sayapnya. Ia dapat turun naik hanya dengan menyesuaikan sayapnya dengan arus angin tanpa perlu selalu mengepakkannya. Tiupan angin hanya membuatkannya terbang semakin tinggi.
Orang Kristian: Roh Kudus yang memberikan kita kekuatan baru. Badai dalam kehidupan seharusnya hanya membuatkan orang Kristian terbang semakin 'tinggi' dalam perjuangan iman.
3. Dua Kelopak Mata
Burung Rajawali: Memiliki 2 kelopak mata. Kelopak mata yang pertama digunakan ketika ia tidak terbang. Semasa ia terbang, kelopak mata yang kedua akan digunakan untuk melindungi matanya daripada tiupan angin, matahari, dan objek-objek kecil.
Orang Kristian: Seharusnya memiliki mata jasmani dan mata rohani. Mata rohani berbicara tentang 'iman'. Iman: yakin sungguh-sungguh akan perkara-perkara yang diharapkan, dan mempunyai kepastian akan perkara-perkara yang tidak dapat dilihat (Ibrani 11:1)
4. Penglihatan Yang Tajam
Burung Rajawali: Mempunyai tahap penglihatan yang amat tajam (5 kali lebih tajam dari manusia). Ia dapat melihat seekor tikus di tanah walaupun berada pada ketinggian ratusan kaki. Ia juga dapat melihat badai dari jauh, membolehkannya mempersiapkan diri sebelum badai melanda.
Orang Kristian: Seharusnya memiliki pandangan yang jauh (visi) dalam kehidupan serta bersiap sedia menghadapi apa pun badai kehidupan yang melanda.
5. Kesabaran
Burung Rajawali: Merupakan burung yang sabar. Ia hanya makan sekali dalam sehari. Walaupun ia kelihatan hebat di udara, tetapi ia tidak sombong atau angkuh. Seringkali juga ia gagal dalam usahanya untuk mendapatkan makanan, tetapi ia tidak putus asa sehingga ia berjaya mendapatkannya.
Orang Kristian: Seharusnya tabah dalam menghadapi cabaran dalam kehidupan. Tidak seharusnya berputus asa ketika mengalami tekanan hidup. Sabar menunggu jawapan dan pertolongan Tuhan pada waktuNya tanpa diselubungi oleh kekhuatiran hidup. Sabar itu adalah buah Roh Kudus (Gal. 5: 22).
6. Kesetiaan
Burung Rajawali: Merupakan burung yang setia kepada pasangannya sampai mati. Kedua-duanya bekerjasama untuk mengeram telur sampailah kepada memberi makan dan melatih anak mereka sehingga boleh terbang dan berdikari sendiri.
Orang Kristian: Dituntut untuk 'setia' sampai mati (Wah. 2: 10). Bukan sahaja setia terhadap pasangan masing-masing, tetapi setia kepada Tuhan walau apa pun keadaan hidup.
7. Kekuatan Baru
Burung Rajawali: Jangka hayatnya boleh mencecah usia 70 tahun. Pada pertengahan usianya, ia menjadi semakin lemah kerana bulu yang tebal, paruh yang terlalu panjang dan bengkok, serta kukunya yang semakin tumpul. Pada usia tersebut ia akan mengalami transforamsi dengan mengasingkan diri; mematahkan paruh dan kukunya, serta mencabut semua bulu-bulu di badannya. Walaupun sakit, tapi dengan cara demikian ia dapat memperbaharui kekuatannya supaya dapat hidup lebih lama.
Orang Kristian: Perjalanan hidup boleh membuatkan seseorang menjadi semakin lemah. Seharusnya hal sedemikian tidak dijadikan alasan untuk berputus asa melainkan berusaha untuk memperbaharui kekuatan dengan mengambil waktu untuk mendekat dan berharap kepada Tuhan (Yes. 40: 31).
maklumat yang bagus. saya dapat mempelajari baik iman kristian mahupun ciri-ciri burung rajawali.
ReplyDeletegod bless you.
wah thanks bro,
ReplyDeletesaya sudah lama kenapa Tuhan guna ciri-ciri burung rajawali..
saya sangat diberkati.
GBU
Saya mendapat berkat dari cerita dan firman Tuhan ini, sangat menguatkan dan memberi saya harapan baru untuk terus berjuang mengatasi badai kehidupan. Tuhan Memberkati.
ReplyDelete