Kejadian 2: 18-25, Kejadian 3: 1-20
Tanggal 14 Februari setiap tahun, seluruh dunia menyambut Hari Valentine yang juga dikenali sebagai hari kekasih atau hari kasih sayang. Walaupun sejarah Valentine's Day dikaitkan dengan kisah seorang paderi bernama Valentine ketika zaman pemerintahan maharaja Claudius II dalam empayar Romawi, tetapi sambutan Hari Valentine bukanlah salah satu acara keagamaan Kristian seperti perayaan Krismas dan Paskah. Asal-usul sambutan Hari Valentine, menurut Wikipedia, boleh dibaca di sini .

Kisah cinta paling popular yang biasa kita dengar ialah kisah cinta Romeo dan Juliet. Ramai orang beranggapan bahawa itulah gambaran cinta yang sejati kerana pasangan kekasih itu sanggup mati bersama2. Tetapi babak membunuh diri dan kematian yang sia2 dalam bahagian akhir cerita itu sebenarnya bertentangan dengan ajaran agama, dan tentu sekali cinta sedemikian tidak patut diteladani.
Sebagai penganut Kristian, cinta yang sejati adalah cinta yang alkitabiah. Ada kisah cinta di dalam alkitab yang boleh mengajar kita tentang kriteria yang harus ada di dalam cinta yang sejati. Mari kita pelajarinya dalam kisah Cinta Adam dan Hawa (tidak ada kena-mengena dengan lagu Cinta Adam dan Hawa nyanyian Misha Omar).
1. Cinta yang sejati harus sepadan. Setelah TUHAN mencipta lelaki yang pertama (bernama Adam), TUHAN mengerti jika Adam memerlukan pasangan; seorang penolong yang sepadan (Kej. 2: 18). Tetapi TUHAN tidak terus menciptakan pasangan yang Adam perlukan. Sebaliknya TUHAN menciptakan dahulu segala jenis binatang untuk diberi nama oleh Adam. Ketika itu Adam cuba juga mencari kalau2 ada penolong yang sepadan yang boleh ditemuinya di antara binatang itu, tetapi ternyata tidak ada.
Ketika Adam sedang nyenyak tidur, TUHAN mengambil salah satu dari tulang rusuknya dan menjadikan seorang perempuan. Lalu TUHAN menyerahkan perempuan itu kepada Adam dan Adam berkata, "Inilah dia, tulang dari tulangku dan daging dari dagingku." Perempuan itulah yang dimaksudkan oleh TUHAN sebagai penolong yang sepadan kepada Adam.
Sepadan yang kita maksudkan dalam konteks keKristianan ialah yang seiman. Hawa dari 'unsur' yang sama dengan Adam. Demikianlah apabila kita mencari pasangan hidup; harus mencari yang memiliki unsur yang sama dengan kita, iaitu seiman. 2 Korintus 6: 14 memberitahu kita agar jangan menjadi pasangan yang tidak seimbang (sepadan) dengan orang yang tidak percaya (seiman), kerana tidak ada persamaan di antara kebenaran dan kedurhakaan; terang dan gelap tidak boleh dipersatukan.

2. Setelah Adam dan Hawa dicipta, mereka dalam keadaan berbogel, tetapi mereka tidak berasa malu (Kej. 2: 25). Kenyataan ini bukanlah menyuruh kita untuk sentiasa berbogel dengan pasangan masing2 pergi ke mana sahaja, hehe... Tetapi ada satu konsep yang boleh dipelajari di sini, iaitu tentang 'keterbukaan'. Dalam hubungan cinta yang sejati harus ada sikap saling terbuka.
Pasangan harus saling terbuka untuk mengongsikan segala rahsia peribadi yang boleh menjejaskan perhubungan cinta jika terus dirahsiakan. Harus terbuka untuk saling berkongsi masalah, pendapat, dan harapan terhadap satu sama lain. Harus terbuka untuk menerima segala kelemahan dan kekurangan pasangan agar dapat saling menolong, menguat dan meneguhkan. Harus terbuka untuk saling menerima teguran agar segala perkara dapat ditangani bersama dengan pertolongan TUHAN. Harus saling terbuka agar tidak ada ruang bagi Iblis untuk merosakkan perhubungan cinta.
3. Cinta yang sejati harus ada pengorbanan. Kita boleh membayangkan situasi Adam ketika Hawa sudah memakan buah pohon larangan. Adam sebenarnya ada pilihan sama ada turut memakan buah itu atau tidak, dan alkitab sudah memberitahu kita pilihan yang Adam telah buat (Kej. 3: 6). Tidakkah kita pernah tertanya2 kenapa Adam tidak memilih untuk tidak memakan buah pohon larangan itu? Bukankah lebih berbaloi begitu? Adam tidak perlu 'mati' seperti Hawa. Masih ada banyak tulang rusuk Adam yang boleh TUHAN ambil untuk dijadikan perempuan lain pengganti Hawa.
Dalam hal ini, bukankah Adam sebenarnya telah berkorban untuk Hawa? Adam sangat mencintai isterinya sehingga dia sanggup 'mati' untuknya. Mati di sini bukan mati seperti Romeo dan Juliet yang saling membunuh diri dan cinta mereka berakhir tanpa harapan. Mati di sini bermaksud Adam sanggup menerima hukuman TUHAN atas dosa yang terlebih dahulu dilakukan oleh Hawa. Bukankah itu yang dilakukan oleh Tuhan Yesus terhadap kita semua? Kasih Tuhan begitu besar terhadap kita sehingga Dia sanggup mati atas dosa2 kita.
Dengan melakukan tindakan sedemikian, tentu sekali Adam masih menaruh harapan terhadap belas kasihan TUHAN untuk mengampuni mereka, kerana dia sendiri mengetahui bahawa manusialah kesempurnaan ciptaan TUHAN. Ternyata pengorbanan Adam berbaloi kerana walaupun akhirnya mereka terpaksa juga diusir dari Taman Eden dan harus menderita di dunia, tetapi masih ada janji keselamatan yang TUHAN berikan.
Pasangan harus saling berkorban demi cinta yang sejati. Berkorban bukan supaya lebih dicintai dan disayangi oleh pasangan, tetapi berkorban kerana mencintai. Berkorban bukan bermaksud menyerah diri sebelum waktunya dengan hasrat 'menjamin' perhubungan cinta. Tetapi berkorban untuk saling memelihara diri demi kesucian cinta. Janji perkahwinan yang menyatakan kesanggupan untuk 'hidup bersama2 dalam keadaan susah dan senang sehingga maut yang memisahkan' sebenarnya pernyataan untuk sanggup saling berkorban demi cinta yang sejati.
"Love and you shall be loved."