"One thing I ask of the LORD, this is what I seek: that I may dwell in the house of the LORD all the days of my life, to gaze upon the beauty of the LORD and to seek him in his temple." (Psalm 27: 4)
Friday, April 17, 2009
TUHAN JADIKAN SEMUANYA INDAH PADA WAKTUNYA
Setiap hari saya berulang-alik dari rumah ke tempat kerja dengan menaiki kenderaan sendiri yang mengambil kira2 30-45min masa perjalanan.
Sepanjang masa perjalanan itu, kalau bukan mendengar radio Hot FM, saya akan memasang CD lagu. Di antara CD lagu itu sudah tentu CD lagu rohani yang menjadi keutamaan.
Kelmarin, semasa saya dalam perjalanan balik ke rumah, saya memasang CD lagu rohani yang sememangnya sentiasa berada dalam pemain CD. Saya sungguh diingatkan, dihiburkan dan diberkati dengan sebuah lagu yang berlirik seperti berikut;
Ada waktu untuk berduka,
Dan ada waktu ‘tuk tertawa,
Untuk segala sesuatunya
Ada waktunya...
Ada waktu untuk merombak,
Dan ada waktu ‘tuk membangun,
Kau jadikan semuanya indah,
Pada waktunya...
Walau kini ku menambur benih,
Sambil mencucurkan airmata,
Kupercaya suatu saat kukan menuai berkatnya,
Sambil bersorak-sorai.
Nota: Marilah sentiasa mengingatkan diri kita akan kebaikan dan kemurahan Tuhan setiap waktu kerana sesungguhnya tidak ada sedetik dalam hidup kita yang terlepas dari permerhatianNya. Sila klik YouTube di atas untuk mendengarkan lagu tersebut.
Saturday, April 11, 2009
PERAYAAN PASKAH KRISTIAN
Shalom! Dalam nama Tuhan Yesus Kristus. Paskah disambut dengan cara
yang berbeza-beza mengikut tradisi gereja masing-masing. Namun hari-hari yang
lebih popular dan diberi perhatian yang lebih khusus ialah Good Friday (Jumaat Agung) dan Easter
Sunday. Ramai orang, bahkan orang ‘Kristian’ sendiri kurang
mengerti tentang Paskah, Good Friday,
dan Easter. Oleh itu ramai orang
(Kristian) tidak begitu menghargai hari-hari ini dan tidak menyambutnya dengan
makna yang lebih alkitabiah.
Tanpa mempersoalkan maksud di luar konteks Kristian,
pengertian secara ringkas bagi Good
Friday adalah hari memperingati hari kematian Tuhan Yesus, manakala Easter pula merujuk kepada hari
memperingati hari kebangkitan Tuhan Yesus dari kematian (pada hari ketiga
selepas kematianNya). Tarikh Good Friday
berbeza-beza setiap tahun kerana ditentukan oleh pengiraan dan penetapan hari Easter berdasarkan kalendar Ibrani, Paschal Full Moon (PFM). Perayaan Paskah
bagi orang Yahudi sebenarnya ketetapan ibadah yang diperintahkan oleh TUHAN
sendiri untuk memperingati ‘pembebasan’ mereka dari perhambaan di Mesir pada zaman
nabi Musa dahulu.
Menurut kitab Keluaran (bab 5-12), nabi Musa telah diperintahkan
oleh TUHAN untuk memimpin umat Israel keluar dari Mesir supaya dapat beribadah
kepadaNya. Firaun pada mulanya tidak membenarkan mereka pergi sehingga tulah
yang terakhir menimpa Mesir, iaitu ‘kematian’ semua anak sulung orang Mesir
termasuk Firaun dan segala ternakan mereka. Hanya selepas itu barulah Firaun
membenarkan mereka pergi. Pada malam ‘pembunuhan’ itu TUHAN telah ‘melewati’ (pass over) rumah orang-orang Israel yang
ditandai oleh darah anak domba yang disembelih sebagai korban Paskah. TUHAN
memerintahkan umat Israel untuk melakukan ibadah Paskah ini setiap tahun untuk
memperingati penyelamatan dari Tuhan. Itulah sebabnya sungguhpun orang-orang
Yahudi telah tercerai-berai di serata tempat di dunia ini, mereka tetap dapat
disatukan semula kerana sambutan perayaan ini.
Dalam konteks Kristian, perayaan Paskah tidak lagi merujuk
kepada perayaan Paskah Yahudi, tetapi seperti yang saya nyatakan di atas,
merujuk kepada hari memperingati ‘pembebasan’ manusia daripada perhambaan dosa
melalui ‘kematian’ dan ‘kebangkitan’ Yesus Juruselamat. Dialah anak domba Allah
yang menjadi korban Paskah sejati (Yohanes 1: 29). Menurut kitab Taurat, hampir
segala sesuatu disucikan dengan darah. Demikian juga dosa hanya dapat
diampunkan jika ada penumpahan darah (Ibrani 9: 22). Di dalam perjanjian lama,
setiap kali umat Israel berdosa, mereka akan mempersembahkan haiwan seperti
lembu, domba, kambing, dan burung sebagai korban pengampunan dosa. Haiwan-haiwan
ini pula mestilah yang sihat dan tidak bercacat cela.
Kitab orang Yahudi bukanlah gambaran lengkap dan sempurna
tentang perkara yang sebenarnya. Ia hanyalah bayangan kepada karya yang
sempurna pada masa hadapan. Semua persembahan korban itu tidak dapat
menghapuskan dosa manusia. Darah haiwan tidak dapat menggantikan dosa manusia.
Dosa manusia hanya dapat dihapuskan dengan korban darah manusia juga. Manusia
yang akan dikorbankan itu pula haruslah seseorang yang tidak ada cacat celanya
atau dalam erti kata yang sebenar 'tidak berdosa'. Namun sebelum dan selepas Yesus,
tidak ada manusia di muka bumi ini yang tidak berdosa. Setiap bayi yang dilahirkan
sudah berdosa (kerana dosa warisan dari Adam; Bapa leluhur kita). Siapakah yang
layak untuk dijadikan korban penghapus dosa manusia? Allah mengetahui bahawa
hanya ada satu cara iaitu 'menjadikan' seorang manusia yang tidak berdosa untuk
tujuan tersebut.
Karya yang mulia itu terlaksana melalui Yesus dan hanya Dia.
Yesus dikandung oleh seorang perawan bernama Maria dengan kuasa Roh Kudus
(bukan hasil hubungan suami isteri). Itu telah menjadikanNya tidak berdosa
sejak dibentuk di dalam rahim 'ibu'Nya, saat dilahirkan sampailah ke akhir
hayat 'manusia'Nya. Yesus Kristus melakukan kehendak Allah, dan mempersembahkan
diriNya sendiri sebagai korban penghapus dosa. Hal itu dilakukanNya hanya sekali
saja untuk selama-lamanya. Dengan darahNya yang jauh lebih berharga dari emas
dan perak,Dia menebus kita dari dosa (1 Petrus 1: 18-19).
"Sebenarnya Dia ilahi, tetapi Dia tidak menganggap keadaanNya yang ilahi harus dipertahankanNya. Sebaliknya, Dia rela melepaskan segala-galanya, lalu menjadi seperti hamba. Dia datang sebagai manusia. Dia merendahkan diri dan hidup taat kepada Allah sehingga mati; mati di atas salib. Itulah sebabnya Allah meninggikan dia setinggi-tingginya, dan mengurniai Dia kedudukan yang lebih tinggi daripada semua kedudukan yang lain. Oleh itu, untuk menghormati Yesus, semua makhluk di syurga, di bumi dan di bawah bumi akan sujud menyembah Dia. Mereka semua akan mengaku bahawa Yesus Kristus ialah Tuhan; dengan demikian Allah Bapa dimuliakan.” (Filipi 2: 6-11, Alkitab BM)
Monday, April 6, 2009
Hati Yang Gembira
Ramai di antara kita tenggelam setiap hari dalam kesedihan yang tidak berpenghujung. Kita gagal menikmati suatu kehidupan yang memuaskan kerana kita membiarkan diri kita terus-menerus dibelenggu oleh ratapan dan kegelapan yang menyelubungi fikiran. Akibatnya, ia 'mencacatkan' keceriaan air muka kita, melumpuhkan kesihatan dan akhirnya memendekkan usia kita. Berita baik bagi kita ialah KITA BOLEH MEMILIH UNTUK MEMPUNYAI HATI YANG GEMBIRA. Perubahan itu bermula dan terletak pada diri kita sendiri.
Bagaimana?
1) Tuhan - "Takut akan TUHAN adalah didikan yang mendatangkan hikmat, dan kerendahan hati mendahului kehormatan" (Amsal 15:33, ITB). Ketika Tuhan menjadi pusat di dalam hati kita, Dia dapat mengajarkan jalan-jalanNya kepada kita melalui pengalaman-pengalaman dalam kehidupan kita.
2) Tertawa - "Hati yang gembira membuat muka berseri-seri, tetapi kepedihan hati mematahkan semangat" (Amsal 15:13, ITB). Kebahagiaan sejati bermula dari hati kita yang terdalam dan kemudian terpancar atau terlihat dari muka kita.
3) Hargai Perkara-perkara Yang Kecil - "Lebih baik sepiring sayur dengan kasih, daripada lembu tambun dengan kebencian" (Amsal 15:17, ITB). Memelihara hubungan kasih dan menikmati perkara-perkara yang kecil namun utama di dalam hidup kita jauh lebih penting daripada kekayaan dan kejayaan.
Tidak semua dari antara kita akan berumur panjang, namun kita semua dapat hidup dengan baik setiap hari dengan tertawa gembira, selalu berjalan bersama Tuhan dan menghargai perkara-perkara kecil di dalam hidup. God bless everyone!
1) Tuhan - "Takut akan TUHAN adalah didikan yang mendatangkan hikmat, dan kerendahan hati mendahului kehormatan" (Amsal 15:33, ITB). Ketika Tuhan menjadi pusat di dalam hati kita, Dia dapat mengajarkan jalan-jalanNya kepada kita melalui pengalaman-pengalaman dalam kehidupan kita.
2) Tertawa - "Hati yang gembira membuat muka berseri-seri, tetapi kepedihan hati mematahkan semangat" (Amsal 15:13, ITB). Kebahagiaan sejati bermula dari hati kita yang terdalam dan kemudian terpancar atau terlihat dari muka kita.
3) Hargai Perkara-perkara Yang Kecil - "Lebih baik sepiring sayur dengan kasih, daripada lembu tambun dengan kebencian" (Amsal 15:17, ITB). Memelihara hubungan kasih dan menikmati perkara-perkara yang kecil namun utama di dalam hidup kita jauh lebih penting daripada kekayaan dan kejayaan.
Tidak semua dari antara kita akan berumur panjang, namun kita semua dapat hidup dengan baik setiap hari dengan tertawa gembira, selalu berjalan bersama Tuhan dan menghargai perkara-perkara kecil di dalam hidup. God bless everyone!
Subscribe to:
Posts (Atom)